Friday, December 3, 2010

Adakah kita begini?



Aku hairan
Kenapa Ilahi pada bibirnya
Lelaki pada hatinya

Aku hairan
Cinta setianya tetap dihati
Walau lelaki berjalan pergi

Aku hairan
Cinta Ilahi sudah pasti
Sekejap di hati sekejap di kaki

Aku hairan
Ayat lelaki hadam terhafal
Ayat Ilahi tidak kau kenal

Aku hairan
Yang benar sudah kau tahu
Yang salah masih kau buru

sumber:http://www.iluvislam.com/karya/puisi-kreatif/1252-kenapa-lelaki-bukan-ilahi.html

I'm win!!



Yess!! Akhirnya sy menang! Beberapa mggu lepas sy belum cukup sedia & kurang yakin nak berlawan dgn kamu. Waktu tu juga sy tak kenal sifat kamu & tak tahu kelebihan atau kelemahan kamu. Tp hari ni sy dah dpt baca semuanya. I'm win for this battle.So, beware. Don't mess up with me. Huh!!!

Itu dia td siri bercakap dgn kereta. Hehe...sy dah lulus ujian memandu td. Alhamdulillah. Dlm 3 minggu lepas sy dah ambil ujian pertama. Sy lulus untuk ujian jalanraya tp fail utk ujian bukit. Sy tau waktu tu sy dah rasa down sgt bila dpt kereta yg agak problem. Clutch kereta tu lambat pick up. Sy lak tak pernah ade pengalaman bawak kereta camtu. So apa lg...kereta mengundur balik la time lepaskan hand break. Lepas tu sy mmg benci sgt bila tgk kereta tu. Sy ingat lagi nombor kereta tu. Kereta nombor 4. Walaupun no.4 tu no. favorite sy tp x utk kereta tu.

Mmg lepas tu sy berdoa sgt supaya tak dpt kereta tu utk ujian ke dua. Tp dah mmg takdir sy dpt kereta yg sama. Kali ni sy cuba utk cool & tanam rasa yakin dlm hati. Akhirnya...sy dpt buat semua dgn baik. Hurm..jd pengajaran kat cni, kite kene yakin utk buat sesuatu. Kalau kite dh set 'x boleh' dlm fikiran maka x boleh la jawabnye. Tak lupa juga 3 perkara penting: usaha, doa & tawakal. So skang ni sy bakal dpt lesen P. Hehe..boleh la wat drift lepas ni. Opps...over lak :p

Thursday, December 2, 2010

Your cake personality!!



Pick your cake, and then look to see. Take this Cake Personality Test
If you were buying a cake and you had your choice of the following, which would you choose?

* Angel food
* Brownies
* Lemon Meringue
* Vanilla with Chocolate Icing
* Strawberry Cheese Cake
* Chocolate on Chocolate
* Ice Cream
* Carrot Cake


OK - Now that you've made your choice, this is what research says about you! NO... . you can't change your mind once you scroll down! So think carefully, what your choice will be!!!


No peeking until you choose!!!

Scroll down . . . . . . . .. . . . . . . ... ... .. . . . .





* Angel food ... Sweet, loving, cuddly. You love all warm and fuzzy
items. A little nutty at times. Sometimes you need an ice cream cone at the end of the day. Others perceive you as being child-like and immature at times.

* Brownies . You are adventurous, love new ideas, are a champion of Underdogs and a slayer of dragons. When tempers flare up, you whip out your sabre. You are always the oddball with a unique sense of humor and direction. You tend to be very loyal.

* Lemon Meringue... Smooth, sexy, & articulate with your hands, you are an excellent after-dinner speaker and a good teacher. But don't try to walk and chew gum at the same time. A bit of a diva at times, but you have many friends.

* Vanilla with Chocolate Icing ... Fun-loving, sassy, humorous. Not very grounded in life, very indecisive and lack motivation. Everyone enjoys being around you, but you are a practical joker. Others should be cautious in making you mad, however, you are a friend for life.

* Strawberry Cheese Cake... Romantic, warm, loving. You care about other people and can be counted on in a pinch. You tend to melt. You can be overly emotional and annoying at times.

* Chocolate on Chocolate ... Sexy, always ready to give and receive. Very creative, adventurous, ambitious, and passionate. You have a cold exterior but are warm on the inside. Not afraid to take chances. Will not settle for anything average in life. Love to laugh.

* Ice Cream... You like sports, whether it is baseball, football,
basketball, or soccer. If you could, you would like to participate, but you enjoy watching sports. You don't like to give up the remote control. You tend to be self-centered and high maintenance.

* Carrot Cake... You are a very fun loving person, who likes to laugh. You are fun to be with. People like to hang out with you. You are a very warm-hearted person and a little quirky at times. You have many loyal friends.

So which one is yours? Hehe..sy pilih 2 jenis kek. Hurm..Brownies & chocolate on chocolate. Ade gak yg same ngan sikap sy..hehe. So korang tunggu ape lg? Cepat la pilih kek di atas. Xpe tak payah bayar pun. Sy belanja =)

Wahai sang rama-rama



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda – warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar – indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nukilan Dr HM Tuah Iskandar al-Haj.

sumber: http://www.rileks.info/coollist/2008/01/wanita-dan-rama-rama/

Wednesday, December 1, 2010

We are SONEA??



SONEA?? Sape tu? Cam nama gurl hindustan je.. haish. Bukan hindustan la hehe. Tu nama group sy. Nama yg dicipta oleh kak Ain selaku ketua group. Wah, nape sonia ek? Sebenarnye tu huruf yg mewakili nama we all yg berlima nih. S= Su, O=Og, N=Nurul, E=Era, A=Ain. Hehe.. dah nk abis blaja ni baru trcipta nama group. Kih3..

Hurm teringat lak kat mmber2 baik time kolej dulu. Masa tu sy ade group gak. Kebetulan time tu berlima juge. Masa tu nama group pelik skit BieBa Family. Sebut tul2 tau jgn terbalikkan. Nnt lain bunyi nyer..hehe.

Owh..bercerita pasal SONEA. Dulu dlm group ni, sy ngan era je yg minat bisnes. Yg lain xde cita2 gitu. tp sejak akhir2 ni yg 3 org lg tu dah terpengaruh ngan kami. Beberapa hr lepas kite org siap berbincang lg pasal masa depan. Wah, cam serius je bunyinye. Konon2 kite org masing2 nk buka bisnes kat tempat sendiri. Pastu nnt contact2 la..kami semua nk jual produk yg berbeza so nnt leh la bntu membantu. Yg ini tlg yg itu. Yg itu promote yg ini. Haha..bukan main lg angan2. Tp x salah kan. Angan2 kalau ade usaha akan jd kenyataan gak. So aja2 fighting!!

Island of feelings



Once upon a time there was an island where all the feelings lived; happiness, sadness, knowledge, and all the others, including love.

One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave. Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the island paradise until the last possible moment. When the island was almost totally under, Love decided it was time to leave. She began looking for someone to ask for help.

Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, can I come with you on your boat?" Richness answered, " I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you anywhere."

Then Love decided to ask Vanity (megah diri) for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please." "I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat."

Next, Love saw Sadness passing by. Love said, "Sadness, please let me go with you." Sadness answered, "Love, I'm sorry, but, I just need to be alone now."

Then, Love saw Happiness. Love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so overjoyed that he didn't hear Love calling to him. Love began to cry.

Then, she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name. When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder.

Love then found Knowledge and asked, "Who was it that helped me?" "It was Time", Knowledge answered. "But why did Time help me when no one else would?", Love asked. Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."

reference: http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1076-feelings-in-an-island.html

Sunday, November 28, 2010

Lelaki



Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Payah untuk kutemui

Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri

Yang ada kini hanya

Sibuk dengan urusan mengumpul dunia

Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Susah untuk kutemui

Yang benar-benar takut pada Ilahi

Sentiasa mendambakan kasih Ilahi

Yang ada hanya mengharapkan kasih insani

Yang melalaikan orang dan diri sendiri

Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Ahli profesional yang bertaqwa

Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa

Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana

Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka

Yang hidupnya lebih berat dari barat

Ibadah dan amal terasa amat berat

Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Payah untuk kutemui

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat

Yang sanggup bersusah dan penat

Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat

Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada

Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka

Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Susah untuk kutemui

Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat

Syahid yang sentiasa menjadi matlamat

Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat

Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat

Dan melupakan kehidupan akhirat

Kuberfikir..

Lelaki di akhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Yang sentiasa bermunajat dan berzikir

Sentiasa bertafakkur dan berfikir

Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir

Namun kutetap berfikir..

pasti masih ada lagi

Lelaki di akhir zaman ini

Seperti yang kufikir..INSHAALLAH


sumber: Lelaki di akhir zaman ini, by Abu Hanifah (facebook)