Thursday, September 22, 2016

Bee party for little honey "bee"

Assalamualaikum

Dah hampir 3 minggu majlis birthday Aqeef baru nak update. Walaupun hari lahirnya 29.08 tapi kami buat majlis pada 03.09 sebab tarikh tu hari sabtu. Senang sikit buat hari cuti kan.

Majlis birthday ni buat kecil-kecilan dalam family je. Makanan pun simple2 untuk minum petang. Cuma decoration candy buffet je meriah sikit. Tu pun sebab saye dan cik eyra buat sendiri. Kalau nak tengok design2 lain boleh ke page fb kami Catalyst Deco. Hehe..

Kami pilih tema bee sebab rasa macam jarang orang buat tema ni. Satu lagi sebab saye suka dengan baju kostum lebah tu..haha. Bayangkan masa Aqeef dalam pantang lagi saye dengan cik eyra dah bincang2 nak buat tema bee untuk birthday Aqeef. Abah Aqeef? Dia ikut je..serah 100% kat ibu sebab ibu lagi pandai bab tema2 ni..cewah perasan..haha

Ok lah, sebelum tutup cerita saye selitkan beberapa gambar untuk tatapan semua.

Candy buffet bee theme untuk Aqeef :)

Ada cerita tak best di sebalik kek ni. Saye tempah kek tema bee. Tapi yg dibuat tema lady bug. Kemudian cream tu dibuat corak tajam2. Adoi..tak berkenan sungguh.

Disebabkan geram dengan rupa kek tu, saye & cik eyra ubah balik deco kek tu..ha..puas hati, akhirnya buat sendiri lebah2 guna fondant.

Cupcake ni buat sendiri je..hehe

Potong kek..mujur mood birthday boy baik je


Tok abah, tok ma, mama, ibu, Aqeef & abah

Dengan geng budak2

Aqeef & ibu

Esok hari baru Aqeef buka hadiah..sebab lepas acara je birthday boy penat sampai tertidur..hehe

Suka sangat dia..dengan bertambahnya mainan Aqeef maka bertambahlah kerja ibu utk mengemas.

Sekian ;)

Thursday, September 1, 2016

Happy birthday my little prince

Assalamualaikum

Agak terlambat dah entry ni..huhu.. Tak pe lah. Pada 29/08/2016 maka secara rasminya Ahmad Aqeef Zhafran dah pun berusia setahun. Yeay, happy birthday dear :')



Alhamdulillah, anak ibu dan abah membesar dengan sihat. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang usia. Dipanjangkan umur, jadi hamba Allah yang soleh, jadi anak yang baik. Berjaya di dunia dan akhirat.





We love you always. Ibu dan abah doakan semoga Aqeef membesar jadi anak yang membahagiakan kami, penyejuk hati & penenang jiwa. Amin :)






Monday, August 15, 2016

Jom dapatkan kulit yang cantik dan sihat

Assalamualaikum

Pertama sekali saye nak ingatkan ni bukan entry berbayar atau iklan. Ini cuma review saye sebagai pengguna.

Ok bab skincare ni sebenarnya saye dah jadi sangat2 cerewet dan berhati2. Sebab dulu2 pernah guna skincare yang ada merkuri & paraben. Sebenarnya tak tau pun. Bila pakai memang cepat je kesannya. Baru seminggu dah nampak kulit jadi cerah. Tapi sebelum tu kulit memang ada menggelupas & bila pakai krimnya rasa tajam2. Tapi nak cantik punya pasal tahan je la..haha. Lagipun memang naif sebab time tu tak ada pendedahan pasal skincare ada merkuri semua tu.

Mujur kulit tak rosak teruk. Cuma bila stop guna skincare tu, kulit jadi agak gelap dan kusam. Time tu pasrah je la & bersyukur sebab kulit tak la naik jerawat ke bernanah ke. Ha lepas tu serik. Cuci muka pun guna serbuk teh je. Haha.. :'D

Kemudian start la misi mencari skincare yang natural. Cari punya cari jumpa la. Saye beli dan guna hampir 3 bulan. Ok la, tapi kesannya biasa2 je. Bila dah nak habis, saye tak repeat order. Saye cari skincare lain. Cari, cari dan cari...terjumpa la Sheskinz Skincare. Tengok macam best. Yang penting natural & krimnya bukan krim kilo dari Thailand atau negara lain.

Lama jugak la saye ambik keputusan nak beli. Takut la terkena lagi kan. Haa, last2 beli jugak la trial set yang ada facial cleanser, dd cream & night cream.


Bila dah beli, terus tak sabar2 nak try..haha. Malam tu terus pakai cleanser & night cream. Wah, memang best. Cleanser dia wangi, buih tak banyak tapi buih yg ada tu sangat halus dan lembut. Bila apply kat muka, dah cuci je kulit rasa lembut dan lembab.

Night cream pulak sangat wangi, struktur tak likat dan tak melekit atau berminyak. Bila sapu kat muka, cream terus meresap. Bangun pagi pun muka rasa tak berminyak. Rasa fresh je.

DD cream pula sangat berbeza dengan cream siang lain. Tak likat atau melekit. Struktur pun ringan je. Warnanya agak gelap tapi bila pakai kat muka warna jadi natural. Guna cream ni saye tak pakai bedak muka pun nampak ok je. Kalau sapu bedak lagi bertambah ok hehe..

Kesimpulannya memang best. Cuma kulit tak la nampak cerah lagi, lagipun produk natural memang lambat efek kan? Takpe, yang penting kulit sihat.

Haa selain dari sheskinz ni saye guna 2 produk tambahan lain. Iaitu, 24k gold mask L- glutathione & Laneige water sleeping mask.

24k gold mask tu saye guna seminggu sekali. Selalunya hari sabtu atau ahad. Best sebab lepas pakai rasa kulit lebih lembut, anjal dan bersih.



Laneige water sleeping mask pun seminggu sekali, pakai waktu tidur. Yang ni pun best sebab kulit rasa sejuk dan lembut je.



Ok, tu saja nak share. Saye tak letak la gambar sebelum dan selepas ke apa sebab baru pakai seminggu je skincare ni.hehe.. Wasalam.

*gambar dari google

Ruam panas

Assalamualaikum

Wah, rajin pulak saye menaip semenjak dua menjak ni kan? Hehe..takpe2 sementara mood menulis ni ada marilah kita bercerita.

Cuaca negara kita sekarang ni memang panas kan. Lebih-lebih lagi waktu musim el nino baru2 ni. Ya Allah, panasnya tak larat rasa. Nak keluar jalan2 pun kadang2 takde mood.

Bila panas2 ni bayi mudah kena ruam kan? Aqeef pun macam tu. Lebih2 lagi dia jenis cepat berpeluh. Lagi lah cepat kena ruam. Memang ruam dia tak teruk sangat tapi kita yang tengok ni yang tak senang duduk..haa..

Dah kejap2 dia garu2..lepas tu merengek sebab gatal dan tak selesa. Kalau garu over sangat sampai calar balar & berdarah. Aduh kesian sungguh.

Ruam panas Aqeef ni selalu ada dekat area leher, dahi, kepala & celah telinga. Yang paling teruk dekat leher dan belakang tengkuk dia.

Macam2 dah saye cuba tepek tapi tak jalan jugak. Mula2 try pakai cream nappy rash macam drapoline. Tapi tak hilang pun. Lagi pun krim macam tu kurang elok kan. Jadi stop, sapu bedak pureen merah. Sama jugak.

Kemudian sapu vco, minyak zaitun pun sama je. Ruam tetap ada. Lepas tu dapat pulak petua pakai tepung ubi. Tiap2 hari aqeef comot dengan tepung..haha..hilang kejap je ruam. Pastu jadi balik. Alahai pening2.

Kemudian ada makcik saye belikan bedak dekat kedai ubat cina, dia kata anak dia dulu guna bedak tu menjadi. Try la sapu..ok, ruam makin kurang tapi...ala...kulit Aqeef jadi sangat2 kering. Tak lembut dah. Bila sentuh rasa kasar sangat. Saye stop pakaikan bedak tu.

Beli pulak krim herbal blend shaklee sebab tengok testimoni ramai yg kata ok. Sapu kat Aqeef, ok..kulit tak kasar dah. Jadi lembut balik tapi ruam naik semula. Rasanya Aqeef tak serasi kot dengan krim tu jadi saye stop.



Buntu dah rasanya. Kemudian try ke farmasi pulak, pekerja farmasi tu cadangkan krim ruam cosmoderm. Ok, try la pakai tapi tengok ruam tak hilang2 lagi. Lepas tu stop sebab abah suruh sapu air daun gelenggang pulak. Haa..nampak hilang la ruamnya.


Tapi masuk hari ketiga, eh kenapa kulit Aqeef macam udang kena bakar? Merah sangat. Rasanya kulit dia tak tahan dengan air daun tu. Aduh, masalah lain pulak timbul. Saye stop sapu air daun gelenggang. Tepek la bedak kedai cina semula. Ye..merah2 hilang dan kulit kering semula. Bukan setakat kering, siap menggelupas. Ngeri pulak tengok.

Tiba2 saye teringat dekat gel aloe vera. Apa lagi, gi guardian beli gel aloe vera pulak. Ok kali ni saye stop pakai bedak2. Try balik sapu krim cosmoderm tiap kali dia lepas mandi. Pastu bila nampak dia rimas je saya sapu gel aloe vera. Nak lagi best, gel tu saye simpan dalam peti sejuk..haha..bila sapu rasa sejuk nyaman je. Saye dah kata kat Mr.F, kalau tak sembuh jugak kite bawa ke klinik kulit la.



Hasilnya? Alhamdulillah..nampak perubahan positif. Ruam makin pudar dan kulit menggelupas tu makin hilang. Dah nampak kulit baru yg bersih dan lembut. :')

Jadi sekarang ni saye guna krim cosmoderm dan aloe vera je. Sebab yang tu sesuai dengan Aqeef. Tapi bagi saye krim atau ubat ataupun petua2 lain tu bukan tak bagus. Tapi tengok serasi atau tak. Ada orang serasi cara A, ada orang kena guna cara B. Ha, yang penting kita usaha la kan. Jangan cepat putus asa. Ok la itu je nak bebel hari ni. Wassalam :)




Tuesday, August 9, 2016

Jom gunting rambut

Assalamualaikum...

Akhirnya berjaya juga gunting rambut hero sorang ni. Punya la susah. Pertama kali potong rambut Aqeef ni masa dalam pantang. Tu bukan potong la tapi cukur botak..hehe..

Lepas tu tak potong dah. Bayangkan dari umur tak sampai sebulan sampai sekarang. Nak masuk umur setahun dah, tak potong2 langsung. Ha bukan main panjang, berombak2 rambut bila ditiup angin.

Bukan tak nak potong, hari tu pernah la tok abah dia try nak shave guna mesin shave rambut tu..Haa sekali on je mesin terus mengamuk. Menangis macam kena pukul.

Bila nak guna gunting pun sama..marah2. Bukan main garang, siap tolak2 tangan tok abah..haha

Last2 hari ni try je la bawa ke kedai gunting. Siap bawak mainan lagi. Konon nak umpan dia la.

Sampai je kat kedai tu, awal2 dah pesan kat uncle tukang gunting. Kata jangan pakai mesin, pakai gunting je. Dah letak dia atas kerusi, uncle tu pakaikan dia kain, eh2 baik je dia. Pastu uncle tu start gunting rambut. Wow, diam je? Takde pun aksi menangis ke, meraung ke...Wah ajaib betul.

Akhirnya uncle tu berjaya gunting rambut dia tanpa sebarang masalah..hehe..settle. Lain kali kena datang sini lagi la nampak gayanya. Sebelum stop bercerita, jom tengok gambar di bawah.

Aqeef rileks je dengan sebeban rambut dia ni. Ibu yg nak pitam tengok..haha

Tengok..nampak macam behave sangat kan?

Ibu yg gabra, siap bawak steering mainan aqeef :p

Tadda! Rambut saye dah pendek. Ibu jangan kutuk2 rambut Aqeef lagi. 






Wednesday, August 3, 2016

Nak setahun dah :)

Assalamualaikum.

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Ohoii..dah 29 syawal dah ni. Baru nak ucap selamat hari raya..hehe. Dah la lama tenggelam tetiba je muncul kan? Eh, biarlah memang dari dulu dah macam ni kot. Tuan blog ni jenis pemalas sikit nak update.

Ha, nak berbual kisah apa ye. Banyak sangat cerita terperam ni..Tak pe la abaikan je cerita2 basi semua..hehe..

Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Nak setahun dah. Apa yang setahun? Ohh ye, anak saya nak masuk umur setahun dah pd 29/08/2016. Terharunya :')

Apa yg terharu pulak? Haha..bukan apa, rasa macam baru je lagi sy bersalin, baru sangat2 tengok dia sebagai bayi yg berbedung, baru lagi tak tidur malam sebab dia sawan tangis tiap2 malam. Haa..tetiba dah nak masuk setahun. Alhamdulillah.. Tapi tak nak buat ucapan lagi. Kita tunggu entry selepas sambut hari lahir. Baru la buat ucapan panjang2..hehe

Sebagai penutup entry, sy tempek gambar hari raya kami, boleh? Hehe


Ni gambar aqeef buat lawak songkok. Ok yg kat bawah ni gambar elok sikit.


Ok itu saja, wassalam. :)


Saturday, January 23, 2016

Being a mom is...

Assalamualaikum..

Topik kali ni berkisar tentang topik mak2 lagi.. haha..rasa macam makcik2 sangat sekarang ni. Takde topik lain nak dibincang.

Tadi scroll2 facebook lepas tu ternampak la gambar2 kat bawah ni yg di 'share' oleh member saye. Gambar berkenaan 'being a mom'. Yang saye letak kat sini sebahagian je tau..  Yang berkaitan dengan saye je.. hehe..


Macam yg saye bagitau dalam post sebelum ni, multitasking. Memang betul pun dalam 1 masa, macam2 kerja kena buat. 


Yang ni pun selalu terjadi.. haha. Elok je kita tukar pampers dia.. tetiba tadda!!!!  dia siap buat 'kuih' dalam pampers sambil sengih2.


Bila si kecik tidur memang rasa lega sebab time tu la dapat nak rehat kejap.. hihi.. 


Haha.. ni pun kadang2 betul jugak. Sabo je la kan.


Ini tersangat lah betul. Contohnya sekarang ni.. tengok topik apa yg saye tengah bebelkan? Pasal anak lagi kan.  Haih.. yg membaca pun mesti boring dah. 


Setuju sangat ni.. hehe. Lebih2 lagi masa dalam pantang. Kalau boleh nak ma ada dengan saye 24 jam.. haha cepuk sekali kang. Manja sangat! 


Yang ni pun selalu terjadi. Banyak sangat penasihat tak berbayar. Tapi takpe la, tu tandanya orang ambil berat pasal kita dan anak. Cuma kita sebagai ibu kena pandai buat pilihan terbaik untuk anak. 


Kadang2 bila anak buat perangai lebih2 lagi time kita busy atau letih memang rasa nak nangis macam dalam gambar tu..


Haha.. yang ni pun betul kan. Walau baby tak pandai cakap lagi, tapi dari cara dia nangis tu kita boleh agak dah tu jenis nangis apa. Dia lapar ke, ngantuk ke, bosan ke. Nada tangisan tu berbeza-beza. 


Last sekali, kita pun terjerumus semula tengok cerita untuk budak2.. haha setakat ni takde la kena belajar nyanyi lagu dalam kartun lagi. Tapi tiap pagi, sebelum pergi kerja, saye kena mengadap cerita kartun dengan Aqeef. Selalunya cerita Sofea The First. 

Itu aje la yang saye nak share kali ni. Lain kali kita bercerita lagi ye.. hehe.. wasalam.