Monday, December 3, 2012

Belajar Erti Redha



Assalamualaikum..

Dalam dunia ni, tak semua perkara mampu kita miliki. Walau kita rasakan ianya memang tertulis untuk kita, namun perancangan Allah tak ada siapa pun dapat jangka.

Jika kita cuba sedaya upaya sekalipun, kalau dah tertulis ia bukan untuk kita maka ia tetap hilang. Sebaliknya jika ia memang untuk kita, walau bagaimana kita cuba tolak ia tetap datang juga.

Jadi jalan yang terbaik adalah belajar menerima takdir yang tersurat. Kerana pasti ada hikmahnya yang kita sendiri tidak ketahui.

****************************************************************
Saye bukan nak bersyarah atau buat ceramah agama. Jauh sekali nak bertazkirah kerana saye hambaNya yang masih perlu banyak belajar dalam mencari ilmu dan sering membuat kesilapan.

Saye cuma nak luahkan apa yang tersirat dalam hati sekali gus mengingatkan diri sendiri. Tak perlu terlalu mengejar 'sesuatu yang tak pasti'. Bukan tak perlu berusaha tapi jangan menaruh harapan terlampau tinggi . Kerana jika terlalu menaruh harapan, kita sendiri yang akan sakit nanti jika harapan itu tak jadi kenyataan.

Rasanya dengan cara ini, iaitu sentiasa mengingatkan diri bahawa kita boleh merancang & berusaha tetapi takdir Allah itu yang terbaik, saye kurang merasa kecewa jika apa yang saye harapkan tak menjadi kenyataan. Kerana saye tahu 'PERANCANGAN ALLAH SEMUANYA INDAH' :)

"Ya Allah, jika suatu saat aku kehilangan harapan & tujuanku,
Berikan aku keyakinan bahawa takdirmu adalah lebih baik
daripada apa yang aku inginkan dan impikan.
Kau damaikan hatiku untuk menerima takdirmu
kerana aku yakin dan percaya
perancanganMu yang terbaik dan terindah untuk diriku"

Thursday, October 25, 2012

My First Mexican Bun

Assalamualaikum semua :)

First of all saye nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam. Esok dah nak raya kan, jadi korang dah buat persiapan ke? Atau dah dalam perjalanan balik ke kampung? Saye masih di sini, dalam pejabat dan sedang menaip2 untuk entry kali ni..hehe (senyum dalam paksa sebab kena kerja lagi hari ni)

Ok, tanpa lengah lagi saye nak share beberapa keping gambar mexican bun yang saye dan cik eyra buat pada hari Ahad hari tu. Sebenarnya ni first time kami buat mexican bun a.k.a papa roti. Tak sangka pulak menjadi & sangat2 sedap (puji sendiri ke??haha). Resepi ni kami dapat dari blog PeriukTanah. Kalau korang nak try boleh klik link yang saye bagi tu. Kat sana ada resepinya ;)

Ha, ini lah gambar2 hasil kerja kami yang sangat memuaskan hati sendiri..hehe

Roti yang baru siap diletak inti


Dah letak topping & sedia utk dibakar


Baking process, wangi jer bau roti time ni. Tak sabar nak 'ngap'..hehe


Tarrra!!!!! roti dah siap. Jom makan :)

p/s:: Rasa macam nak jual mexican bun pulak. Boleh tak?? *semua benda nak dijadikan bisnes, hadoi =.="



Friday, October 12, 2012

Bisnes bisnes bisnes

Assalamualaikum semua :)

Nak promote sikit ni...hehe. Actually saye & cik eyra baru je launched perniagaan kami iaitu Ogira Collection pada awal bulan ni. 

Kami ada menjual pelbagai pakaian muslimah seperti blouse, kemeja, jubah & baju kurung. Selain tu kami juga menjual pelbagai jenis pakaian bayi & kanak2.

Ni antara koleksi jualan kami :

Jumper with hooded

Hairband

Hairband

Dress

Crochet Hat

Cotton Blanket/Bath Towel

Jumper

Kaftan

Blouse

Kurung Moden

Jubah
  Kalau berminat atau nak tengok barang2 lain yang lebih cun & menawan boleh lah jenguk blog kami :


atau page facebook :


Ok sekian iklan dari saye..hehe..Wasalam :)


Monday, October 8, 2012

Anak Zombie!!!!!

Assalamualaikum...

Hai, semua...First of all saye nak tanya. Korang pernah tengok zombie kecik tak? Hah, saye dapat tengok kelmarin ( hari Sabtu) tau. Bukan dalam movie tapi ni yang real punya. Tak percaya ye? Takpe2 saye akan tunjukkan buktinya. Ok korang saksikan sendiri gambar di bawah ni:

...............................................................................
........................................................................
..................................................................
............................................................
......................................................
.................................................
............................................
.........................................
.....................................
................................
...........................
........................
.....................
..................
..............
..........
.......
.....
...
..
.

'Zombie kecik' tengah makan pisang goreng

Tengok. Betulkan apa saye cakap. Ok ni ada satu lagi gambar dia :

Inilah zombie yang  baru berumur 4 tahun

Hehe..sebenarnya zombie kecik ni adalah manusia biasa. Ini anak sepupu saye, Aliff. Budak bertuah ni memang tersangat aktif. Kalau korang nak tau apa benda yang putih2 dekat muka & badannya tu, sebenarnya bedak badan. Nak tau macam mana boleh jadi gitu? Ha, ni kisahnya...

Pada waktu tu di rumah tok, abah saye nak solat Asar & si Aliff ni pun sibuk2 lah nak mengikut aki dia( Aliff panggil abah saye 'aki'). Time abah ambik wuduk pun dia follow. Konon ambik wuduk juga. Bila bentang sejadah dia pun sama bentang sejadah. Lepas tu dia siap tutup pintu bilik lagi. Konon tak nak orang lain ganggu dia nak beribadat la.

Time tu kami yang lain2 ni tengah bersembang di meja makan yang tak jauh dari bilik tu. Tengah syok bersembang, adik saye (cik eyra) kata nak gi jenguk dalam bilik tu. Dia kata takut Aliff ni buat something sebab ada dengar bunyi pelik dari dalam bilik. Bila cik eyra buka pintu bilik je.......

Wahhhh!!! tergamam kita orang semua. Lantai bilik tu dah penuh dengan bedak & si Aliff ni tengah berdiri sambil pegang botol bedak tu. Muka & badan dia waktu tu memang dah macam ikan bersalut tepung.Tak nampak rupa orang dah.Time tu abah saye baru selesai solat & tengah berdoa. Bolehnya abah bertahan duk dalam bilik tu dengan budak ni. Tapi kan..masa tu kita orang ingat nak marah dia, tapi sorang pun tak jadi marah, nak tergelak ada la. Cuma cover2 la kan. Tak nak gelak depan dia, masing2 cuba tunjuk serius jugak supaya dia tau apa yang dia buat tu salah.

Sebenarnya macam2 lagi kisah budak Aliff ni. Dia memang terlebih aktif & nakal. Penat melayannya. Tapi dalam masa yang sama dia ni sebenarnya cerdik. Lagipun bila ada dia mesti rasa best sikit sebab ada je bahan untuk gelak. Kalau takde rasa sunyi pulak..hehe. Ok la you all next time kita story lagi ye. Saye nak tidur dulu.. Gud nite :)

Thursday, September 20, 2012

Sentap!

Assalamualaikum.

Hari ni saye nak buat luahan perasaan sikit mengenai sentap a.k.a terasa hati. Hurm..kalau pedih ulu hati minumlah gaviscon (buat iklan jap) tapi kalau terasa hati nak minum apa? Racun, clorox atau minyak tanah? (giler...jangan buat semua tu tau)

Owh..terasa hati pasal apa ni ye? Hurm ceritanya begini, apa perasaan korang kalau dalam hidup korang ada manusia2 yang rapat ngan korang & pernah berjanji ngan korang satu masa dulu tapi akibat dah banyak duit & hidup senang dia boleh tinggalkan korang macam tu je. Janji tinggal janji lepastu buat muka tak bersalah je siap boleh senyum2 happy lagi depan korang. Korang rasa apa ye? Kalau tak banyak, sikit pun mesti ada rasa terguris kan?

Well, hanya manusia yang tak berperasaan & tak ada hati je akan cool tanpa rasa apa2 pun. Kenapa saye nak sibuk2 hal ni? Mestilah sebab saye yang alami perkara ni. Sakit sangat2 rasanya bila orang2 yang rapat dengan kita, yang kononnya susah senang boleh bersama, yang kononnya lagi dah macam adik beradik, tapi sebab dah senang semuanya hilang macam tu je.

Betul la kata orang kan, kadang2 bila kesenangan datang pada kita, kita terlupa dengan asal usul & lupa pada orang yang ada dengan kita waktu kita susah dulu. 

Nak ceritakan secara detail ke hal ni? Rasanya tak apa lah. Cukuplah saye nak cakap yang saye sedih, sedih & sedih dengan sikap manusia2 ni. Kalau orang lain saye tak kisah, tapi bila mereka yang buat macam ni....rasa macam...tak apa lah. Tak nak komen banyak2. Apa-apa pun saye harap saye dapat ambil pengajaran dari hal ni:
1. Manusia bila-bila pun boleh berubah sekelip mata.
2. Jangan terlalu percaya janji2 manis orang lain walaupun dia manusia paling rapat dengan kita.
3. Kalau dah hidup senang jangan mudah lupa diri sebab tu mungkin ujian untuk kita & tak mustahil Allah akan tarik balik apa yang kita ada tu.
4. Belajar2 lah alert dengan perasaan orang lain. Mungkin apa yang kita buat tu nampak tak memberi apa2 kesan tapi bagi orang lain ianya sangat menyakitkan.




Tuesday, September 11, 2012

ape kes ni?

Assalamualaikum..

Hadoi...boleh sawan kalau lama2 macam ni. Hurm..kenapa pulak dengan cik og ni kan? Korang tau tak, hari ni tak pasal2 saye kena jadi guard. Guard? Yes, guard a.k.a jaga a.k.a pengawal a.k.a mak guard. Giler betul lah.

Hurm..saye kerja dengan syarikat security service but not as a safety guard tapi saye ni bahagian admin kat ofis. Tapi disebabkan ada masalah dekat 1 pos ni. 4 guard cabut lari & pos kosong. Takde siapa nak jaga. Saye & pengurus operasi (P.O) kena tunggu sini sementara ada guard lain ganti. Hahaha (lawak + bengang jugak lah saye ni).

Dan sekarang tinggal saye sorang2 kat pos ni. Si encik P.O tu keluar panggil guard untuk ganti. Biasalah kan, kalau main call2 ni diorang lengah2 so kena pergi tarik telinga datang sini barulah nak gerak.

Yang agak musykil sekarang ni, dari tadi ada kucing hitam lepak dalam pondok pengawal ni. And now, kucing tu dah panjat meja, sedap terlentang tidur depan laptop saye. Siap mengigau2 lagi. Tak senonoh la kucing ni. Tapi adakah dia sebenarnya seorang guard yang disumpah menjadi seekor kucing? (ape ni cik og??? merepek dah!!!!) Hehe..saye nak halau tapi macam takut je. Biar je la dia kat situ.

Kesimpulannya, saye dapat rasa perasaaan seorang guard. Hadoi...bosan yang amat. Nasib baik bawak laptop & ade wireless free kat sini. Kalau tak, mau meroyan saye kan. Ok la, lain kali saye buat laporan lagi ye. Hehe...Wasalam ;)


Tuesday, September 4, 2012

Kisah malam rabu

Amaran: Entry ini mempunyai unsur-unsur seram yang tidak keterlaluan. Kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah sila baca dengan bimbingan ibu bapa.

Assalamualaikum...hye all..
Haha bukan main, siap amaran2 pulak dah cik og ni. Seram sangat ke kisah saye ni? Ha, kalau nak tau kita sama2 follow sampai habis ye.

Ni cerita pukul 8.30 pm tadi ( waktu anggaran je tu).
Kisahnya macam ni, lepas siap makan malam tadi saye, cik ira (adik saye), abah & ma lepak2 dekat beranda rumah. Jadi kalau dah melepak tu mesti la mulut pun pot pet pot pet bersembangkan..hehe..Dari satu kisah ke satu kisah.

Last2 keluar topik histeria, rasuk dan sewaktu dengannya. Hamboi malam2 cakap pasal topik macam ni. Kat luar rumah pulak tu. Berani benor kan.

Sekali tengah syok2 saye bercakap, saye tengok muka cik ira semacam je. Terus saye terdiam sambil angkat2 kening tanda bertanya 'kenapa ni weh?'. Dia buat muka sengih + cuak(korang boleh faham tak?) Betul2 something wrong je saye tengok dia ni. Pastu dia slow2 nak masuk rumah. Saye pun ape lagi, pandang kiri kanan. Tak ada apa2 pun tapi rasa seram semacam je. Apa lagi, saye pun chow...masuk dalam rumah sekali. Abah & ma still dekat luar tapi masing2 nak beredar masuk gak.

Sebenarnya time masuk tu saye still tak tau kenapa semua lain macam je..haha.. Tapi saye dapat jawapannya bila saye jenguk kepala kat pintu(masa ni saye dah kat dalam rumah, so saye jenguk kepala keluar la). Cik ira ikut jenguk sekali time ni.

Korang tau tak ape yang saye dapat? Jeng jeng jeng (bagi suspen sikit & tambah elemen seram dengan gelak ala2 hantu kak limah.....hihihi) *hadoi =.=" ape benda cik og ni melalut...

Ok kita sambung cerita semula ye..apa tadi ek? owh, ok kisah kat pintu kan. Masa jenguk tu tiba2 saye terbau sesuatu yang sangat2 wangi. Macam bau bunga atau perfume yang betul2 wangi. Tak tunggu lama saye terus masuk rumah.

Rupa-rupanya time jenguk tu cik ira pun dapat hidu bau tu. Saye tanya dia, sebab bau tu ke dia masuk rumah? Dia kata 'ye'. Lagipun dia nampak abah dah bagi isyarat kat luar tadi. Tapi ma sorang yang tak hidu bau tu.

Nasib baik kami tak tunggu lama. Masing2 cepat je masuk dalam. Apa benda yang berbau wangi tu tak la kami pasti..wallahualam. Yang pastinya kita berkongsi alam ni dengan makhluk2 lain jugak kan. Ok la, tak nak bercerita dah pasal ni. Seram semula rasanya..hehe. Saye chow dulu ye, kita story topik lain pula nanti.


p/s:: seram ke? takde la seram sangat kan..anyway cute pulak pic ghost kat atas ni..hehe :p

Menyepi

Assalamualaikum...

Alahai cik og..lamanya menyepi. Kenapa agaknya ye? Cik og pergi betapa? Merajuk? Pindah ke planet lain? Dah give up dalam menulis blog?

Haha...jawapannya adalah........mood hilang untuk menulis akibat terlalu banyak kerja & aktiviti dalam hidup. Maka semua cerita diperam hingga 1 pun tak tertulis. Wah lain macam je bahasa saye sekarang ni kan. Nampak lebih matang gitu...haha ( perasaan perasan dah datang la tu)

Jadi apa saye nak story ni ye? Dah lama tak membebel ni, sampai tak tau nak mula yang mana 1. Ok fine, jangan membebel banyak2 kat entry ni cik og! So kita jumpa di entry seterusnya ok geng ;)






Friday, May 11, 2012

Jika kau merasa...

Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu

Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu

Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar

Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria

Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa

Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi

Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong

Jika kau merasa tidak dihargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya

Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu

Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu

sumber:: facebook MARI BERKONGSI ILMU

Andai ku bercinta lagi..



-Andai ku bercinta lagi by Mojo-

Wednesday, May 9, 2012

Tapi Bagaimana??

Assalamualaikum..

Hye semua :)
Saye bukan nak bercerita panjang cuma nak share video klip "Tapi Bagaimana" dari kumpulan Spider ni. Hehe..senyum je saye tengok dari awal sampai habis. Sangat2 sweet & comel. Korang tengoklah sendiri ye ;)




Tuesday, May 8, 2012

Nite Zoo Story

Assalamualaikum..

Ni cerita yang hampir basi tapi belum betul2 basi lagi..hehe
Sabtu lepas, 5 May 2012 saye & family dah buat lawatan ke Night Zoo, Taman Teruntum, Kuantan. Sebenarnya Night Zoo ni dah dibuka dari Disember 2011 tapi baru sekarang ni la saye dapat melawat. Haha..dapat juga akhirnya, nasib baik tak kempunan.

Apa yang best kat Night Zoo ni ye? Hurm..actually haiwannye biasa2 je cuma yang specialnye sebab Night Zoo hanya dibuka setiap Jumaat & Sabtu je. Kemudian, setiap Sabtu akan ada persembahan pentas yang berbeza tema mengikut bulan. Untuk bulan May ni temanya ialah Dunia Animasi. Bayaran untuk masuk ke Night Zoo ni pun murah je, RM 2 untuk dewasa & RM 1 untuk kanak2 :)

Ok cukup saye buat promosi pasal Night Zoo ni. Sekarang cerita pasal aktiviti saye kat situ pula..hehe.. Saye & family sampai ke Night Zoo tu dalam pukul 9 malam. Tempat parking pun dah full, so kena la gerak slow2 untuk cari tempat. Dah dapat je parking terus beli tiket & masuk ke Night Zoo.

Masuk2 je dah nampak ramai pengunjung dah chop tempat untuk tengok persembahan pentas. Kite orang just duduk kat belakang je. Agak2 boleh nampak atas pentas tu ok la kan. Sambil2 jenguk sana sini saye ternampaklah ada kandang kuda. Owh..sini boleh tunggang kuda rupanye. Hehe..apa lagi, dalam hati ni mula lah sibuk nak naik kuda pulak. Tapi still rasa segan sebab tengok orang yang naik kuda just budak2 takpun mak & bapa budak yg naik dengan anak dia skali. Ajak cik eyra dia tak nak sebab pakai high wedges (alasan la tu..cakap je la takut..hihi). Kebetulan masa tengok2 kuda tu, terserempak pula dengan family ayah su saye. Dia pun dah naik kuda tu dengan anak dia. Jadi sembang2 sekejap dengan diorang.

Tunggu punya tunggu, persembahan pentas tu tak start2 lagi. Saye pun dah boring & asyik jeling2 kat kandang kuda tu. Tak boleh jadi ni kan, saye still nak tunggang kuda gak lebih2 lagi ayah su saye ni duk perli. Dia ingat saye takut nak naik kuda tu. Eh apa celop takut2 nih? (haish, cik og sila bersopan semula) Opps..sorry terkasar bahasa pula..hehe..Ok sambung cerita, saye pun pujuk2 gak cik eyra untuk naik kuda tu. Last2 akibat kebosanan (agaknye) dia termakan jugak pujuk saye tu..haha..

Sebelum tu kite orang just round2 dulu tengok haiwan2 yang ada. Dah puas round, baru balik ke kandang kuda tu. Bayar RM 5 sorang & tunggu turn untuk naik. Bila sampai giliran saye naik, dengan langkah brutal saye panjat atas kuda tu..haha.. Sangat hampeh ok. Saye tengok perempuan lain boleh je naik dengan ayu & sopan santun tapi kenapa saye tak boleh? Why? Why? Why? (stop it cik og!!!!)

Orait lepas berjaya duduk, penjaga kuda tu tanye saye....

Penjaga Kuda :: Kaki sampai tak ni?
Saye :: Err..sampai kot (tengok2 kaki, rasanye mencecah tali pemijak kaki tu)
Penjaga kuda :: Eh x sampai ni, tergantung je..kang awak tergolek jatuh pulak (gelak2 sambil adjust pemijak kaki tu)
Saye :: Oo..(ciss gelakkan saye ye!!!)
Penjaga kuda :: ok sekarang pegang sini. duduk tegak & pandang depan macam orang nak berkawad.
Saye :: Ok.. (hamboi banyaknye peraturan..haha..tak kisah la..masa untuk berangan jadi puteri zaman dulu dah tiba ** tahap perasan cik og dah kritikal ni**)

Tapi realitinya....

Seminit pun saye tak sempat berangan akibat keramahan melampau si penjaga kuda. Dari awal sampai habis time menunggang dia tak berhenti bercakap. So macam mana saye nak berangan :(
Sedar2 je dah kena turun. Huhu...lain kali saye nak beli sekor kuda. Nak bela kat rumah boleh?

Lepas saye turun dari kuda, cik eyra pula amik tempat. Dia pun alami nasib yang sama. Tak sempat berangan..haha.. Dah abis turn dia, kite orang pun chow..cari kedai makan, lepas kenyang terus balik rumah.

Apa2 pun tercapai jugak hajat nak menjenguk Night Zoo tu. Kalau tak, nanti orang bercerita saye blurr tak tau apa2 kan..hehe.. 1 more thing, zoo ni sangat sesuai dikunjungi oleh mereka yang ada anak2 kecil. Sebab budak2 mesti rasa seronok kat tempat macam ni kan.. Ok la..sebelum saye undur diri, sila lah menatap gambar2 di bawah tu. Tapi gambar tak clear sangat maklumlah guna kamera phone aje..hehe



Sini je tempat terang yang saye jumpa utk snap pic..haha



Ni cik eyra



Ma & abah :)



Tu dia Princess with the horse (haha..mata pun bersinar2 je tu)



The second princess (haha..sudah la tu..gi balik rumah pulak)


-TAMAT-

Thursday, April 19, 2012

Nujum Punya Kisah



Assalamualaikum... :)

Ini satu kisah, bukan cerita dongeng dulukala...(eh eh ternyanyi pulak). Sebenarnya saye cuma nak bercerita kisah siang tadi. Kisah saye dengan cik eyra, adik saye tu la.

Kisahnya begini,ehem..ehem..(betulkan suara dulu) Ok, macam ni..Saye dengan cik eyra tengah khusyuk mengadap laptop saye. Kita orang ni biasalah, tengah berangan2 nak buka bisnes jadi sibuk la buat research sana sini menggunakan khidmat encik google...hehe

Tengah syok2 belek satu blog tu, tiba2 tangan saya terklik la pada link di blog tu. Jadi keluarlah window iklan. Ala biasalakan, mesti korang pernah alami jugak perkara ni. Betul tak?

Saye ingat nak tutup je iklan tu tapi tiba2 tak jadi pulak. Hadoi...susah la nak cerita situasi tadi, apa kata saye buat dialog je ok..(malas la tu..hehe) Korang baca la dialog perbualan saye dengan cik eyra ni ye...(Dialog ni x sama 100% tp kira lebih kurang gini la...) ;)

Cik og: Eh, apa benda pulak ni?? (sambil tgk iklan yang muncul)
Cik eyra : Mana?
Cik og : Huh, tilik nasib rupanye.. (sambil buat muka kerek)
Cik eyra : owh..haha (gelak2)
Cik og : Hurm..bleh jawab soalan rupenye kat sini (mula tunjuk minat pulak)
Cik eyra : Jom2 kite test..hihi (Haish, syaitan dah menghasut la tu)
Cik og : Hihi...jom..main2 je ni (mula terhasut jugak)
Cik eyra : A'a..kite buat je test dia, tapi jangan percaya...( 100% terhasut)
Cik og : Ok, jom..soalan pertama.. (sambil bilik2 garisan tapak tangan. Tengok yang mana sama dengan jawapan yang diberi. Dah dapat, terus klik jawapan)
Cik og : Soalan kedua....(tengok tapak tangan cik eyra pulak. Lawak la,boleh combine garisan tangan pulak)
Cik eyra : Ya punye garis jenis ni (dengan semangat tunjuk jawapan)
Cik og : Ok ni last (sambil suh cik eyra tunjuk garisan tapak tangan lagi)
Cik eyra : Eh, guna tangan ayong pulak la..( sorok2 tangan)
Cik og : Ala...tangan awak je la.. (tarik2 tangan cik eyra)
Cik eyra : Ayong je la (tarik tangan cik og)
Cik og : Tak nak, tak nak...hahaha (sambil genggam tangan kuat2)

Lepas beberapa minit buat adegan tolak menolak (haih...tolak la sangat) keputusan pun dibuat

Cik og : okla okla..kite letak je apa2 jawapan pun. hentam je la (terus klik jawapan)
Cik eyra : ok2..kite nak tau jawapan je kan..tapi kite jangan percaya (bernasnya jawapan..hehe)

Maka dengan muka excited nye cik og & cik eyra menunggu jawapan keluar...dan..........akhirnya......tarrrrraaaa!!!!!!!

>>>>>>PLEASE INSERT YOUR PHONE NO. TO KNOW THE ANSWER<<<<<<

Err...muka kami dah blur pandang pada skrin laptop, lepas tu saye pandang cik eyra, cik eyra pandang saye. Last2 mampu gelak je la. Baru sedar diri, ape la yang kite orang buat tadi. Ish3 hampir2 nak jadi nujum pak belalang dah tadi. lepas sedar diri, baru la tutup iklan tu & sambung research balik.

-TAMAT-

Moral of the story :: Jangan cuba2 nak tilik nasib ye adik2 nanti jadi macam akak yang berdua ni. Kerja tak jalan, mengarut je lebih.

Monday, April 16, 2012

Love the way you lie

Just gonna stand there and watch me burn..
Well, that's alright because I like the way it hurts..
Just gonna stand there and hear me cry...
Well, that's alright because I love the way you lie..
I love the way you lie...

Tiba2 saye teringat kata2 seorang kawan. " Dalam dunia ni hanya wujud 2 jenis manusia. Pertama, yang menipu. Kedua, yang ditipu. Terpulang lah nak jadi yang mana satu."

Waktu dengar tu saye just gelak2 & tak setuju kata2 dia. Bagi saye masih wujud golongan yang ditengah2. Tak menipu & tak ditipu. Tapi sekarang macam mana? Hurm...

Sakit betul hati ni bila orang yang kita percaya boleh tipu kita hidup2. Betul2 talam dua muka. Depan kita cakap lain, belakang lain pulak. Konon di pihak yang sama tapi dalam diam dia bekerjasama dengan pihak yang satu lagi.

Memang susah kan. Sekelip mata manusia boleh berubah. Sebab duit, semuanya boleh bertukar. Kawan jadi lawan, musuh diagung-agungkan.

Tapi Allah tu Maha Kaya, dia nak tunjukkan kebenaran & semuanya dah terbongkar. Tak apalah...I know it now & don't trust you anymore. Hiduplah dengan cara tu, semoga kamu semua dapat kesedaran satu hari nanti.

p/s:: Kalaulah hati manusia ni boleh dibaca...

Lamanya...

Assalamualaikum..
Alahai...lamanya tak jenguk sini. Bila jenguk tak tau pulak nak taip apa. Ok saye dah kembali ni!!!!(selalu buat come back, lepas tu lesap lagi...hadoi...)

Sebenarnya nak cerita apa ni ye.. Hurm...lama dah tak bercerita, kena praktis dulu ni. Orait, testing2..1,2,3...hehe. Ok tak nak merepek dah. Next post kita start bercerita betul2 ye. Chow ;)

Thursday, March 22, 2012

Kosong



Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu,
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong .. kosong..

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

kosong.. kosong..

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

p/s:: Lirik Kosong - Najwa Latif

Wednesday, January 25, 2012

DIA Sentiasa Ada

“Setiap orang, akan ada sesuatu yang dia simpan. Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan. Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.

Siapa pun dia, segembira mana pun dia. Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum, pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka. Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya, pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis. Pasti ada. Kerana dia juga manusia.

Makanya, bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa, hanya kamu yang melalui, dan hanya kamu yang mengerti, kamu silap dan kamu salah. Ada orang lain yang pernah melaluinya. Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan. Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui. Ada. Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu, Kamu yang tak pernah nampak.

Jangan selalu menganggap bahawa kamulah yang paling susah, paling sakit diuji, paling berat diduga. Ada. Ada insan lain yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.

Sudahlah, kesat air matamu, Walau serumit mana situasi kamu. Pujuk hatimu. Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada. Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-kali mempersia harapan kamu. Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA, DIA tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu.”

sumber :: AkuIslam.com (facebook)

Sunday, January 22, 2012

Main masak-masak

Assalamualaikum...
Rindunye saye nak membebel kat blog ni. Baru hari ni tertunai hajat. Tengok la berhabuk sana sini dah. Lama benor tak update.. sejak-sejak bekerja terabai betul blog saye ni kan..huhu..

Ok kita lupakan soal blog berhabuk, sekarang ni saye nak cerita pasal hari ni yang dipenuhi dengan aktiviti masak-memasak. Tengahari tadi abah beli ikan siakap & dia nak makan ikan masak steam. Tapi kite orang memang tak tau buat ikan masak steam tu sebab belum pernah try lagi. So saye pun apa lagi, google la resepi ikan siakap masak steam tu. Cari punya cari dapat la resepinye & kami (saye, ma, abah & cik eyra) berpakat la masak ikan ni..& hasilnye.......

Tarrrraaa!!!!!!!!


Ni lah dia ikan siakap masak steam

Rasanye boleh tahan la untuk orang yang first time masak menu ni kan..next time cuba lagi sebab kali ni bahan2 nye tak lengkap pun..hehe

Malamnye pula, saye dengan cik eyra ambil alih dapur. Kite orang tak benarkan ma masuk dapur. Konon2 nye nak buat suprise la..hihi.. Lepas tung-tang-tung-tang dekat dapur maka hasilnye ialah......


Nasi goreng + homemade 'kfc' + cheezy wedges

Amacam ok tak? hehe..nasi goreng tu cik eyra yang masak, homemade kfc tu saye yang buat & cheezy wedges tu ' uncle kfc' yang buat :p

Sangat puas hati makan hari ni. Bangga pun ade sebab masak hari ni menjadi je. Skill memasak dah meningkat nampak gayenye haha ( udah cik og, jangan bangga diri lebih-lebih pulak).

p/s: Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnye. (seronoknye saye dapat cuti 3 hari)
;)