Tuesday, September 11, 2012

ape kes ni?

Assalamualaikum..

Hadoi...boleh sawan kalau lama2 macam ni. Hurm..kenapa pulak dengan cik og ni kan? Korang tau tak, hari ni tak pasal2 saye kena jadi guard. Guard? Yes, guard a.k.a jaga a.k.a pengawal a.k.a mak guard. Giler betul lah.

Hurm..saye kerja dengan syarikat security service but not as a safety guard tapi saye ni bahagian admin kat ofis. Tapi disebabkan ada masalah dekat 1 pos ni. 4 guard cabut lari & pos kosong. Takde siapa nak jaga. Saye & pengurus operasi (P.O) kena tunggu sini sementara ada guard lain ganti. Hahaha (lawak + bengang jugak lah saye ni).

Dan sekarang tinggal saye sorang2 kat pos ni. Si encik P.O tu keluar panggil guard untuk ganti. Biasalah kan, kalau main call2 ni diorang lengah2 so kena pergi tarik telinga datang sini barulah nak gerak.

Yang agak musykil sekarang ni, dari tadi ada kucing hitam lepak dalam pondok pengawal ni. And now, kucing tu dah panjat meja, sedap terlentang tidur depan laptop saye. Siap mengigau2 lagi. Tak senonoh la kucing ni. Tapi adakah dia sebenarnya seorang guard yang disumpah menjadi seekor kucing? (ape ni cik og??? merepek dah!!!!) Hehe..saye nak halau tapi macam takut je. Biar je la dia kat situ.

Kesimpulannya, saye dapat rasa perasaaan seorang guard. Hadoi...bosan yang amat. Nasib baik bawak laptop & ade wireless free kat sini. Kalau tak, mau meroyan saye kan. Ok la, lain kali saye buat laporan lagi ye. Hehe...Wasalam ;)


No comments:

Post a Comment