Assalamualaikum..
Apa khabar semua? sihat tak? Macam mana dengan kawasan korang, berjerebu tak? Kuantan sekarang ni sangat2 lah berjerebu. Bila pandang ke luar (sambil pandang ke luar tingkat dari bilik ofis) nampak macam ada di Genting Highland, 'berkabus' je. Harap2 udara tercemar pergi jauh2 dengan segera 'syuh..syuh..syuh'.
Kuantan - sumber gambar dari Google
Ok tak nak lengah2 lagi. Kita pergi ke topik utama entry ni, iaitu mengenai percutian saye ke Singapura. Yeay, excited nya saye nak bercerita (walau orang lain tak excited nak baca tapi saye nak excited bercerita juga..hehe)
PERINGATAN:: INI ADALAH CATATAN JOURNEY TRIP PENULIS KE SINGAPORE. SEGALA MAKLUMAT ADALAH BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI SAHAJA.
Seperti yang dirancang, kami bertolak ke Singapore pada 22 Jun 2013 dengan 2 buah kereta. Dalam pukul 12.45 am. Kami ikut laluan dari Kuantan - Pekan - Rompin - Endau - Mersing - Kota Tinggi - Ulu Tiram - Danga Bay.
Kami singgah sekejap di Mc Donald, Pekan Pahang untuk makan. Dalam 40 minit kemudian perjalanan diteruskan. Perjalanan agak mencabar sebab kebanyakan jalan sunyi, gelap berbukit & berjerebu. Sampai area Rompin, Kak Aja, sepupu yang drive kereta, terlanggar something. Maybe tenggiling sebab 'benda' yang dilanggar tu keras semacam je. Alahai, sian haiwan tu tak pasal2 jadi arwah..huhu. Ok, sambung cerita lagi. Masa dalam perjalanan & kat tempat berbukit2 tu saye dah mula rasa loya nak muntah. Mana tak nya kan, masa kat Mc'D saye dah telan air Mc Fizz yang bergas tu. *Padan muka. Time tu mulut saye dah senyap, kalau tak mesti 'pot pet pot pet' bersembang. Saye pejam mata & buat2 tidur supaya rasa loya tu hilang. Mujur lama2 rasa tu takde dah.
Perjalanan yang macam *enjit-enjit semut akibat jerebu tebal tu diteruskan dan Alhamdulillah dalam pukul 5.00 am kami tiba di Danga Bay, Johor. Tapi insiden tak boleh blah berlaku lagi. Sepupu saye ni terlajak & silap pilih laluan. Sepatutnya kami ke Tune Hotel & nak cari masjid berdekatan untuk mandi & solat tapi dia dah silap ambil jalan ke Imigresen. Haha..menggelabah la semua. Tadi mata mamai je, bila dah silap camtu baru la bulat mata sorang2. Yela kan, takkan terus nak gi Singapore dalam keadaan tak mandi & berserabai camtu..hehe..Mujur lah pegawai yang bertugas tu lepaskan 2 buah kereta kami ni waktu di check point 'pemeriksaan pertama'. Kami kata yang kami ni dah sesat & tanya macam mana nak patah balik. Dia suruh masuk ke dalam dulu & tanya pegawai di ofis. Dengan berdebarnya kami masuk & park kereta sambil terjenguk2 kalau2 terjumpa pegawai imigresen lalu lalang. Mujurlah ada & diorang tunjuk direction jalan tu.
Lepas keluar dari imigresen, kami cari jalan yang sepatutnya, tapi tersesat2 jugak. Terlajak ke mana-mana tah. Mujur, akhirnya jumpa jugak Tune Hotel tu.
Ingatkan nak buat early check in tapi polisi hotel tak benarkan. Jadi kami just tumpang guna surau & tandas hotel je untuk mandi & solat. Haha..masa ni suka2 hati je buat hotel macam rumah sendiri. Turun naik dari tingkat 1 (surau) ke ground floor (tandas) sambil bawa baju & tuala. Mujurlah orang tak ada sangat sebab baru pukul 6 pagi. Lepas selesai bersiap, kami turun ke bawah & bersarapan dalam kereta. Simple breakfast dengan menu nasi lemak yg sepupu saye Kak Noti & husband dia Abang Lie masak & minum air mineral je. Mujur diorang dah packing nasi lemak dalam bekas polistrin & siap sediakan sudu.
Dalam pukul 7.15 am kami siap sedia dengan mask masing2 (sebab jerebu tebal) untuk menunggu bas persiaran dekat depan hotel. Masa tu mood nak berseronok macam down sikit. Yela kan rasa tak selesa je dalam keadaan macam tu. Setengah jam kemudian bas sampai, so it's time to go!!!
Perjalanan yang sepatutnya tak lah jauh mana tu rasa macam jauh sangat sebab kenderaan bersusun2, ditambah lagi dengan driver yang terlalu 'cermat'. Slow sangat2...hadoi..saye & cik eyra duduk betul2 belakang driver. Jadi saye nampak apa yang driver tu buat. Macam mana tak slow sangat2 kalau dia boleh bersenang-lenang nak romantik2 dengan wife dia. Wife dia ikut sekali, jadi assistant & duduk sebelah driver tu. Alahai memang 'romantik' giler lah. Wife dia siap menyanyi untuk driver tu. Tak payah dengar radio dah. Suara boleh tahan lah. Sebijik macam penyanyi opera cina. Maybe dia memang bekas penyanyi opera kot & sebab suara dia tu la uncle driver tu terpikat. *ok stop merepek!
Selepas beberapa kali terlentok & terjaga semula akhirnya sampai ke Imigresen Danga Bay *again..hehe.. jadi kami jalani prosedur2 biasa & perjalanan diteruskan ke imigresen Singapore pula. Selepas beres, bas menuju ke Sentosa Island dalam keadaan jerebu tebal. Huk3 tak nampak apa2 pun...putih je..
Akhirnya, kami tiba di Sentosa Island. Turun dari bas & terus menuju ke destinasi utama iaitu........ toilet!! Haha..rileks2, apa2 pun kita kena settle apa2 yang patut di toilet dulu :p
Ok dah settle semua, jom kita ke Universal Studio Singapore. Yes!!, melangkah masuk je terus kami cabut mask. Wah, ingat hidung tu ada filter ke? Boleh tapis2 jerebu supaya tak tersedut. Hihi..sebenarnya time tu kami nampak jerebu macam dah kurang sikit. Sangat ajaib sebab masa mula2 masuk S'pore ianya stilll tebal tapi at the moment masuk ke USS ia dah kurang sikit.
Ok..sekarang kita bercerita mengenai USS pulak...but WAIT!!!! Apa kata kita sambung kisah ni ke part-3..hehe.. Tunggu!!!!!
-TO BE CONTINUE-
No comments:
Post a Comment