Assalamualaikum :)
Hye semua, apa khabar. Harap sihat2 la hendaknya kan..hehe
Amboi ceria je cik og ye. Mana tak ceria, nak pergi holiday la katakan (holiday la sangat..hihi) Tengok tajuk pun dah tau saye nak ke mana, ye tak? Beberapa tahun lepas, kalau tak silap tahun 2010 saye dah jejakkan kaki ke Kota Singa ni dengan rombongan geng2 UTHM. Saye pernah post kisah ke Singapore dalam blog ni. ( Jangan tanya tajuknya, sebab saye malas nak selongkar balik..haha) Ok, kali ni InsyaAllah saye akan ke sana lagi tapi dengan adik saye + para sepupu2 seramai 6 org. Maka rombongan ni adalah seramai 8 orang.
Sebenarnya perancangan kali ni agak tergesa2 & takde plan detail pun. Maklumlah, kami ni dah agak kecewa dengan plan2 gorgeous (pergh ayat tak boleh blah je..hehe) yg kami buat sejak hujung tahun 2012. See, hujung tahun 2012 merancang nak ke Singapore tp bln 6 2013 baru la menjadi. Itulah orang kata (tah siapa la yg kata ni kan..memandai je cik og ni), kalau nak pergi mana2 tu jangan la merancang berlebih sangat & memakan masa yang terlalu lama tapi habuk pun tarak. Baik buat plan ala2 on the spot je. Plan lebih kurang & terus go on. Haha..ni sebenarnya pengalaman sendiri. Dah banyak kali jadi gini.
Ok, berbalik kepada topik asal, kami akan ke USS Singapore pd 22hb Jun 2013. Kemudian akan bermalam ni Tune Hotel Danga Bay, Johor. Hotel & segala tiket perjalanan & tiket masuk USS kami dah tempah secara on9. Alhamdulillah dah settle bab tu. Tinggal nak bertolak je la ni.
Kami terpaksa ambil 4 buah bilik. Dua double & dua bilik twin disebabkan oleh bilik lain dah penuh. Ingat nak amik bilik yang boleh 'sumbat' manusia ramai sikit. Boleh la jimat kan. Tapi akibat lembab booking, maka bilik idaman pun terlepas ke tangan orang lain. Jadi harganya seperti berikut::
Double room (1 queen bed) = RM68.00 after taxes & another charges RM90.00
Twin room (2 single bed) = RM78.00 after taxes & another charges RM79.00
Alahai tengok harga double room tu dari RM68.00 dah jadi RM90.00. Sabo je la. Yang 2 bilik double tu 1 utk sepupu & husband dia, 1 lagi untuk saye & cik eyra. Menyesal pulak ambil double room, konon nak jimat, skali lagi mahal pulak..huhu..nasib la kan.
Boleh tahan cantik hotel ni kan :)
Untuk pakej ke USS pulak kami ambil pakej dari Odyssey. Memang berbaloi & sangat bernasib baik sebab kebetulan diorang ada promotion dari 1 May - 30 Jun 2013. Pakejnya seperti berikut::
Pakej ke USS Singapore
>>Dari Tune Hotel Danga Bay
>>Depature (Tune Hotel) : 7.30 am
>> Return (USS) : 7.30 pm
>> Package include :
- Tiket bas pergi balik (TH-USS, USS-TH)
- Tiket USS
- White Card (Immigration Form)
- Percuma (Adult sahaja) : Lunch Set, Snack Set, USS Retail Voucher $5, Parking coupun
- Harga RM195 (adult), RM160 (child)
Ok..rasanya ini dulu yg saye nak cerita.. Nantikan part seterusnya dari saye ye...tunggu!!!!!!!!!
Far Far Away Castle Singapore - Cantiknya, nanti saye nak snap pic depan ni. Boleh berangan jadi fairy tales princess jap..haha
TO BE CONTINUE...... ;)
No comments:
Post a Comment