Monday, June 24, 2013

Singapore I'm coming back - Part 3

PERINGATAN :: AWAS, ENTRY INI AGAK PANJANG & MERUPAKAN CATATAN JOURNEY SERTA PENGALAMAN PENULIS SAHAJA.

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan saye akan sambung kisah percutian ke USS :)
Melangkah saja kaki ke USS, perasaan jadi sangat2 teruja. Tak tahu nak terkam kat mana dulu, semua nampak menarik. Mujur kami ada 'tour guide'. Sepupu saye Kak aja dah pernah datang jadi kami ikut dia aje la, nak singgah mana dulu kan.

USS Map

First sekali dari pintu masuk kami jalan2 ke zone HOLLYWOOD. Kat sini kami just snap picture dengan macam2 pose. Seronok tengok bangunan2 hebat ala Hollywod. Rasa diri betul2 ada kat sana. 

Di zon Hollywod


Yang ni pun di zon Hollywood


Selepas tu kami ke zone MADAGASCAR. Masuk ke kedai cenderahati, cuci2 mata tapi tak beli pun. Lepas tu main snap2 picture dekat sekitar kawasan tu. Kemudian kami main permainan KING JULIEN'S PARTY-GO-ROUND. Haha..sangat tak mencabar, yelah ni permainan sesuai untuk budak2 kan. Takpe kita warming up dulu.

Kanak-kanak ribena..

Di zone MADAGASCAR

Next kami lalui zone FAR FAR AWAY. Saye memang sangat suka tengok istana Shrek ni. Suka sangat2..hehe. Jadi apa lagi yang kami nak buat selain snap gambar. Ok posing time ;)

Tu dia Istana Far Far Away


Ni Rumah Ogre..


Tu dia Shrek kat belakang saye

Seterusnya kami terus ke zone THE LOST WORLD. Yes rasa macam termasuk dalam zaman dinosour. Kat sini kami main game CANOPY FLYER. Kami agak tertipu dengan game ni. Hehe, sebenarnya mati2 kami sangka permainan ni just terbuai perlahan2 kat udara. So boleh la nikmati pemandangan kan. Rupa-rupanya, 'amikaw' boleh tahan laju jugak 'benda' ni bergerak. Rasa nak terpelanting ke bawah..haha..

Canopy Flyer

Dekat Lost World ni tak banyak tempat kami boleh masuk sebab kebanyakannya ada permainan air. Kami tak bawak rain coat & baju persalinan jadi tak boleh masuk lah. Kang tak pasal2 lencun kan. 

Kami berpatah balik ke FAR FAR AWAY. Di sini kami masuk 'cinema' SHREK 4D ADVENTURE. Cermin mata  4D disediakan. Memang seronok tonton short film 4D Shrek ni. Walau dalam 15 minit je tapi sangat2 puas hati. Macam2 efek menarik yang disediakan. Contohnya, sit kita bergoyang, kena spray air & macam2 lagi. Seterusnya kami masuk ke kedai cenderahati. Macam2 barangan dari filem Shrek ada kat sini.

Tengah beratur tunggu waktu untuk tengok Shrek 4D Adventure


Bergambar je lah..tapi tak beli pun..hehe


Erk..duckface?? Tolong jangan buat muncung gitu lagi cik og...


Gambar selepas keluar dari cinema Shrek 4D Adventure

Lepas tu kami berpatah balik ke MADAGASCAR dan main permainan MADAGASCAR: A CRATE ADVANTURE. Kat sini kita akan naik bot menyusur 'sungai' yang sepanjang jalannya ada karakter2 dari filem Madagascar. Sangat seronok & menarik :)

Pintu gerbang Madagascar: A Crate Adventure

Next station kami adalah zone ANCIENT EGYPT. Wah, rasa betul2 ada di Mesir. Dengan rentak ala2 padang pasir yang dipasang di area tu lagilah menambahkan suasana tu kan. kami jalan2 & terjumpa dengan 'pahlawan mesir'. So apa lagi ambil gambar dengan dia la kan..hehe.. Kemudian kami ternampak permainan REVENGE OF THE MUMMY. Kami serbu ke pintu masuknya. Tapi tiba2 stop bila dapat tau tu permainan roller coaster. Ada antara kami ni yang 'elergik' dengan roller coaster. Jadi buatlah perbincangan sekejap. So 3 orang tak nak main, 5 orang nak. Yang 3 orang tu tunggu dekat bangku sambil jaga beg kami yang nak main ni. *Beg tak boleh di bawa masuk. Locker ada disediakan tapi kena bayar la. 

Pintu masuk Revenge Of The Mummy...seram tak?

Maka masuklah saye, cik eyra, azi, tikah & ecah ke dalam tempat tu. Takut2 berani sebenarnya..hehe..walau berdebar tapi kami terus melangkah masuk ke dalam-dalam dan dalam lagi. Hadoi, bila nak jumpa roller coasternya? Rupanya jauh jugak la berjalan kat dalam tu. Dah la seram. Seram macam mana saye tak nak cerita, tapi ada la perasaan macam dalam cerita Mummy return tu. Akhirnya kami terjumpa dengan ramai manusia yang tengah beratur panjang kat dalam bangunan ni. Ohoi!!! Ramainya manusia nak kena hukuman dari the mummy, termasuk la kami..hihi..akhirnya tiba giliran kami nak naik roller coaster. Pergh!!! sangat2 giler. Saye, cik eyra & azi kena duduk first row. Tikah & ecah second row. Berat sungguh 'hukuman'. Memang seram giler roller coaster ni. Siap nak terlanggar dinding, kemudian roller coaster jatuh ke belakang & macam2 lagi la. Tapi tak rugi cuba..hehe..Fuh senget benget tudung  bila habis main game ni..

Roller coaster Revenge Of The Mummy (serius, memang ada api2 tu & dapat rasa panasnya) - Gambar dari Google.


Ni lah wajah2 'mangsa' dendam Mummy tu. Dari kiri ecah, tikah, azi, eyra, og.


Seterusnya kami ke SCI-FI CITY. Kat sini ada robot2 dari Transformers dan game2 berkaitan. Kami just ambil gambar dengan robot dan berehat sekejap sebab dah lapar. 

Bergambar dengan robot 

So kami kembali ke  MADAGASCAR sebab kupon makanan kami valid di restoran Marty's Casa Del Wild Food Court. Lepas makan2 dan berehat, kami sambung journey ke zone NEW YORK. Di sini kami tonton cara2 pembuatan filem secara live di LIGHTS, CAMERA, ACTION! Memang teruja betul..hehe..

Lights, Camera Action! Show Time

Seterusnya masih dalam zone NEW YORK, kami main game SESAME STREET SPAGHETTI SPACE CHASE. Sekali lagi main permainan budak2 tetapi tak mengecewakan..hehe..

Lagi kami buat apa ye? Hah..kami patah balik ke MADAGASCAR & sekali lagi main permainan Madagascar: A Crate Adventure. Hehe..macam tak puas pulak naik bot tu. Next kami ke HOLLYWOOD lagi dan menonton show MONSTER ROCK AT THE PANTAGES HOLLYWOOD THEATER. Syok juga, rasa nak menari sekali :p

Monster Rock



Tengah tunggu monster rock show bermula


Kemudian kami singgah ke kedai cenderahati & shopping sikit2. Masa ni macam2 karakter dah keluar. Betty Boop pun ada & ramai la yang bergambar dengan dia. 

Seterusnya kami berpecah, Saye & 'roller coaster fan' yang berempat tu nak teruskan misi kami cari game lagi. Yang 3 orang lagi nak jalan2 sambil snap picture dengan karakter2. So kami berlima pergi bermain ENCHANTED AIRWAYS. Roller coaster di FAR FAR AWAY. Haha..waktu ni memang giler, masa naik roller coaster tu saye tak sempat simpan beg dekat bawah kaki & penghadang besi kat pinggang tu dah dipasang. Last2 tepaksa la saye main roller coaster sambil pegang beg kuat2. Hadoi..seksa rasanya. Mujurlah roller coaster tu bukan jenis terbalik kepala ke bawah.

Kemudian, kami berjalan2, nak cari 3 orang tu tapi  tak jumpa. Nak call masing2 kedekut kredit pulak..hehe. Jadi kami jalan2 sampai ke zone ANCIENT EGYPT, SCI FI CITY & NEW YORK. Ambil gambar, pose sana sini tapi sempat juga main ACCELERATOR di SCI-FI CITY. Lastly kami bertemu semula dengan yang bertiga tu di FAR FAR AWAY (punya la jauh kami berjalan sambil cari diorang, rupanya tak ke mana pun diorang ni..hehe)


Saye berada di 'Mesir' :p


Jalan2 dekat 'New York'


Ni pun dekat 'New York'


Aktivi akhir kami just shopping beli cenderahati & bergambar dengan karakter seperti Shrek & Fiona, Marilyn Monroe, GF Woody Woodpecker (x ingat nama dia), Sesame Street, Puss In Boots & macam2 lagi. Kemudian dalam pukul 7 malam kami keluar dari USS. Tunggu bas datang & kembali ke Danga Bay.

Dengan Shrek & Fiona


Wow, Marilyn Monroe lah!! Hehe


GF Woody Woodpecker (err..ada yg tau nama dia x?)

Turun dari bas terus kami ke Sekinchan Ikan Bakar untuk dinner. Lepas tu check in hotel. Naik ke bilik mandi, bersiap apa yang patut dan zzzzzzzzzzzz dengan lenanya.

Keesokan harinya dalam pukul 12 tengahari kami bertolak balik ke Kuantan. Selesai sudah trip kami ke Singapore. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar & seperti yang dirancangkan. Sangat2 seronok walau pada awalnya keadaan berjerebu tapi bila waktu hampir tengahari, jerebu di Singapore beransur hilang. Rupa2nya semua asap dari Singapore dan Johor dah merebak ke lain termasuk Kuantan. Sabo je la...huhu..

Ok tamat sudah cerita saye. Thanks kerana sudi membaca :)
Wassalam.

p/s:: Sebahagian gambar adalah di ambil dari google. 

-TAMAT-






No comments:

Post a Comment