Assalamualaikum..
Apa khabar korang, still dalam mood raya korban ke? Saye ni raya ke dua pun dah tercongok dalam ofis..pekerja contoh la katakan..hehe (padahalnya takut gaji sikit bulan ni, sebab kalau ambik cuti raya kedua kena potong gaji)
Ok, seperti yang dijanjikan saye nak bagitau something..hurm ingat nak menaip kat rumah, ni terpaksa la menaip di ofis jugak sebab wifi tak ok lagi. Haish..sangat sakit hati tau..kawasan rumah saye tu sentiasa ada kecurian kabel TM.Dalam 2-3 bulan sekali kena la curi. Ni lagi parah, rasanya awal bulan lepas kabel kena cilok dah, bulan ni kena lagi. Kadang2 terfikir gak saye nak doakan pencuri tu supaya mati kena kejutan letrik kat atas tiang kabel tu. Baru padan muka. Tapi tak baik pulak buat macam tu, lagipun tak silap saye arus elektrik kabel telefon tak cukup kuat untuk matikan seorang manusia. (Yeke?)
Eh, apa yang saye nak cerita tadi? Dah melalut2 pasal kabel pulak hadoi...Ok la kali ni kite terus ke agenda utama (alamak macam ayat dalam mesyuarat agong JKKK pulak..hihi) Stop cik og!!! Udah2 ler merepeknya.. (-,-")
Ok kali ni betul2 dah..dengan ini saye nak umumkan saye bakal bertunang dalam masa 2++ bulan dari sekarang. Tarikh sebenarnya akan diberitahu kemudian. Sekian harap maklum.
Siapa? Bagaimana? Mengapa? Bila? Next time saye akan bagitau ye..dan kalau rajin saye akan update tentang persiapan majlis & mengenai majlis tu skali. Rasanye banyak benda saye nak DIY je contohnya pakaian, tudung, hantaran, gift & tag. sebab lebih menjimatkan & puas hati. Lagipun saye memang suka buat kerja2 gitu..hehe..Cuma kalau masa tak mengizinkan terpaksa la lupakan hasrat mengDIY tu..harap2 sempat la..kalau tak, alamatnya kempunan la saye nak mengeluarkan idea2 kreatif ni (yela tu cik og)
Ok la, sampai sini dulu..kite berkongsi cerita lagi dalam entry akan datang..Wasalam :)
No comments:
Post a Comment