Thursday, December 18, 2014

Majlis Nikah - 24/10/2014

Assalamualaikum..

Di sini saye nak bercerita tentang majlis nikah saye pulak (apa benda tah ayat pendahuluan saye ni, tak menarik betul..haha). Walau dah hampir 2 bulan berlalu tapi saye baru dapat update sebab busy(jawapan cliche) & sebab baru dapat gambar2 dr photographer pada bulan 12 ni.Oklah..majlis nikah berlangsung pada 24/10/2014, Jumaat. Selepas Isyak di rumah saye.

Menu malam tu ialah nasi putih, gulai lemak cili api nanas & ikan masin, lemak labu, ikan goreng, sayur goreng, sambal belacan. Macam biasa jugak, segala makanan ni dibuat di Kg. Tiram. Kat rumah kami hanya sediakan air je. Kali ni awal2 lagi dalam pukul 7.30 pm si tukang hantar makanan dah datang hantar ke rumah kami..hehe..Maybe takut jadi macam malam berinai tu, makanan sampai lambat. Disebabkan makanan dah sampai, jadi saye pun makan la dulu siap2.

Malam tu Kak Noti mekapkan saye tapi dia sampai lewat sikit. Tapi takpe lagi la sebab tetamu pun belum sampai. So, tengah duk bermekap tu saye dapat panggilan dari photographer. Alamak, diorang tak tau jalan nak ke rumah pulak. Saye malas nak cakap banyak jadi saye bagi hp kat abah je. Biar abah cakap ngan dia.

Time bermekap tu saye dengar rombongan pengantin lelaki dah sampai, tak lama lepas tu tok kadi pun sampai..alamak!! saye tak siap lagi. Kelam kabut jugak la saye. Time tu tengah pakai tudung. Ha, sekali Kak Noti & sorang lagi sepupu, Kak Aja bertungkus lumus belitkan tudung saye. Pastu makngah pulak pakaikan sarung kaki. Haha, kalau ikutkan saye punya gelabah, takde dah nak pakai2 sarung kaki tu. Nak kuar gitu je sebab diorang kat luar dah panggil suruh keluar.


Pengantin lelaki + rombongannya dah sampai


Sebahagian dari tetamu (semuanya family je ni..hehe)
Saye tak sempat pun nak feeling2 berdebar ke apa kat dalam bilik tu. Kelam kabut bersilat nak bersiap..haha..tapi time keluar & duduk kat pelamin tu automatik jadi sopan :p

Tengah2 nervous, tapi nampak kamera, so posing cepat2 :p

Dan lagi...

Dan lagiiii...nampak tak, walau kat mana kamera berada, mata saye tetap mengejarnya..haha :p
Maka bermulalah detik2 ijab kabul selepas jurunikah beri khutbah nikah dan siapkan semua prosedur. Saye dinikahkan oleh abah sendiri :) Tu salah satu impian saye dan Alhamdulillah tercapai. Lagipun jurunikah ni dah pesan awal2 waktu saye sign borang dulu. Dia kata kalau boleh biar ayah atau wali sendiri yang nikahkan, dia just bagi guide je..hehe

Jurunikah sedang bagi khutbah nikah & penerangan

Abah & Mr. F

Saye selalu tengok dalam TV dan tengok sepupu2 saye waktu nikah dulu. Mesti diorang menangis lepas akad sah. Paling kurang pun ada setitis dua air mata gugur. Tapi saye tak pulak macam tu. Kenapa ye? hehe..sebenarnya memang ada rasa sebak, happy, lega & macam2 lagi waktu tu tapi air mata tu macam bergenang dekat kelopak je pastu dia masuk balik..haha boleh macam tu? Yang betulnya saye dah set dalam kepala, takmo nangis2, kang tak lawa la dalam gambar. Lagi satu kang tertanggal contact lens yang saye pakai, ha..lagi haru kan. So duduk diam2 sudah.

Saat mendebarkan...

Alhamdulillah..dah selesai :)




 Dah selesai nikah, kena buat sesi lefaz sakinah pula..ni pun memang jurunikah dah bagitau siap2 dan dia dah sediakan lafaz tu semua. Tinggal nak kena baca je. Time ni pun macam rasa terharu & sedih. Sekali lagi kena tahan air mata. Tapi saye suka..hehe, dulu memang ada impian nak buat lafaz sakinah ni tapi rasa macam tak kan tercapai sebab selalunya dekat Johor je yang amalkan lafaz sakinah ni. Tapi tak sangka jurunikah saye tu memang dah tetapkan ada acara ni untuk pengantin yang dia uruskan :)

Pesanan ibu kepada anak

Ucapan terima kasih anak kepada ibu

Penyerahan mas kahwin

Lafaz penyerahan  & terimaan mas kahwin (eh2 terbalik pulak gambar ni dengan yang atas..haha)

Doa pengantin lelaki (kami replace acara cium dahi dengan cara ni) :)

Sign borang..menggeletar tangan. Rasanya sign saye tu ada iras2 cacing kerawit dah..hehe

Ok, sarung cincin pulak

With my family..4+1=5 :)

Abg sulung  & kakak ipar Mr.F

Kakak & kakak ipar kedua Mr.F
Dengan ma, tok & mak2 saudara..


Dengan adik & sepupu sepapat as dayang2 malam tu..hehe

Dengan dayang2 lagi

Sepupu2 lagi

Sepupu kecik + anak sepupu (yang lelaki semua kena kuarantin kat rumah tok. kalau ada diorang jadi kecoh yang amat)

Last pic..dengan sepupu saye kak oty merangkap mak andam malam tu.
Dah selesai semua, ambik gambar banyak2 lepas tu pergilah ke khemah untuk acara makan2 pulak. Lepas tu..haih banyak nye lepas tu. Acara pun selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tunggu kenduri besar pulak untuk keesokan hari.

Sekian dulu..wasalam :)






Tuesday, December 2, 2014

Syoknya zaman kanak-kanak

Assalamualaikum..

Tiba-tiba teringat zaman kanak-kanak dulu. Sesiapa pun kalau ditanya mesti rasa nak jadi macam budak2 semula kan. Happy je, tak payah fikir pasal kerja, duit, bayar itu, bayar ini. Yang dia tau makan, main, tidur..hehe..

Tapi zaman kanak-kanak dulu rasanya lebih adventure kot dari sekarang sebab budak2 sekarang banyak terdedah dengan permainan komputer, gadjet & teknologi. Permainan dia pun kebanyakannya ada dihujung jari. Touch2 je. Budak dulu2 (amboi macam dah tua sangat je saye ni kan..hehe) permainan dia semuanya real2 je. Nak main masak2 kena ada 'kuali', 'pinggan', 'mangkuk'. Nak main perang2 kena ada 'pistol' & 'senapang'. Nak main cikgu2 kena ada 'murid', 'papan hitam'. Ha...seronok sangat.

Lagi satu, kanak2 ni selalunya imaginasi & kreativiti dia memang tak tercapai oleh akal orang dewasa kan..hehe. Ingat lagi dulu2, saye suka sangat main susun2 bantal kusyen. Ala zaman 90 an dulu rumah selalunya pakai kusyen kayu & rotan pastu ada bantal dia kan. Ha, time tu saye dengan cik eyra suka sangat susun bantal2 tu buat macam rumah. Kadang tu siap ada atap lagi. Best sangat la duduk dalam 'rumah kecik' tu. Dah puas main rumah2, kami susun bantal tu berlapis2 sampai jadi tinggi lepas tu duduk atas tu..haha..kemudian terbalik & jatuh ke lantai. Ha, part tu paling syok. Mujur ma & abah tak marah main macam tu dengan syarat lepas main tu kemas macam sediakala. Kalau tinggal sepah2 memang kena bebel. 

Kemudian apa lagi ye? Ha...kalau balik kampung saye memang suka sangat main pasir dengan sepupu. Masa kecik2 dulu saye & family stay dekat KL. Jadi sesekali balik kampung dekat Kuantan memang syok la. Dengan pasir tu macam2  kami boleh buat. Nak buat kek, air milo, susu..wah semua boleh. Kadang2 kami bina kota & istana pasir. Feeling main istana pasir dekat tepi pantai..haha..siap ade kolam semua. Masa tengah asyik mengorek tanah tu kadang2 ada jugak la terjumpa cacing..time tu buat dek je..campak cacing tu jauh2 pastu sambung buat pembinaan..takde langsung rasa geli..haha.

Masa dekat kampung jugak, saye suka mandi bunga. Tapi bukan sebarangan bunga tau..selalunya saye & sepupu2 mandi bunga tahi ayam. Haha..time tu deria bau kami ni tak berfungsi dengan baik kot sampai tak terbau 'wangi' bunga tu. Ataupun sebenarnya dah terpukau dengan bunga yang comel berwarna warni tu. Ala waktu tu suka sangat nak feeling2 puteri. So, puteri kena la mandi bunga (imaginasi budak2 kan). Jadi bunga tahi ayam je la yang berlambak & tumbuh melata tepi jalan. Kalau bunga lain kang bunga yang orang tanam. Nanti kalau petik, tuan dia marah. Jadi ambik je la bunga tu, bawak masuk dalam bilik air & letak dalam besen. Pastu cedok air slow2 dengan gayung & curah atas kepala. Wow, memang 'harum' la 'puteri2' tu. Eh lupa nak bagitau, kami memang mandi 2-3 orang la time tu, ala budak2 kan biasa la mandi ramai2. Ha..pastu duduk la dalam bilik air dekat sejam sampai orang kat luar dah bising2.

Macam-macam lagi benda yang dibuat zaman kanak2 dulu. Tapi kalau nak dicerita semua, mau jadi novel pulak entry ni..hehe..Kesimpulannya zaman kanak2 memang syok. Sekian terima kasih. ;)




Main masak-masak : Orange Cheese Cake

Assalamualaikum..

Malam semalam rasa terlebih rajin pulak. Jadi disebabkan kerajinan tu maka terciptalah orange cheese cake (main hentam je letak nama ni) hehe..

Sebenarnya cik eyra dah lama ajak saye buat kek ni. Tapi disebabkan bz (yela tu) tambah pulak takde mood (sebenarnya malas..haha) jadi hasrat nak buat kek ni dipendam aje lah. Kek oren ni selalunya kami buat waktu raya. Memang sedap & simple je. Tapi takde lah topping2 ni. Semalam saje je nak test letak topping cheese. Eh eh sedap la pulak. Rasa ala2 kek cheese leleh dah cuma takde cheddar cheese je. Kalau ada mesti rasa dia sebijik macam kek cheese leleh (amboi ye2 je kan).

Ok lah kepada sesiapa yang nak try, boleh salin resepi kat bawah ni ye.

Orange Cheese Cake:

Bahan (Kek)
150 gram tepung gandum
150 gram marjerin
150 gram gula castor (boleh kurangkan kalau taknak manis)
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
2 biji oren sunkist (perah, ambil jus sahaja, kalau oren jenis banyak air, ambil 1 biji 1/2 pun dah ok)
sedikit pewarna kuning

Bahan (topping)
250 gram cream cheese
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara buat kek
1. Putar marjerin dengan gula kastor hingga sebati dan sedikit kembang.
2. Masukkan telur sikit demi sedikit dan putar lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder, stop putar. Kaup balik adunan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Setelah adunan sebati, masukkan sedikit pewarna kuning.
5. Masukkan ke dalam loyang dan bakar dalam oven selama lebih kurang 30-40 minit.
(tips: anda perlu potong kek kepada dua bahagian setelah ia masak atau bahagikan kek kepada 2 bahagian sebelum dibakar.

Cara-cara buat topping
1. putar cream cheese dan susu pekat manis sehingga adunan sebati.
2. Sapu krim ini ke bahagian kek pertama. kemudian lapiskan dengan kek kedua.
3.Sapu topping ke atas lapisan kek kedua.
4.Hias kek mengikut kreativiti.
5. Masukkan sebentar kek ke dalam peti sejuk.
6.Siap untuk di makan :)














 Selamat mencuba ;)
 

Friday, November 14, 2014

Majlis Berinai - 23/10/2014

Assalmaualaikum..

Kali ni saye nak bercerita tentang majlis berinai saye yang diadakan pada Khamis, 23/10/2014. Majlis ni dibuat pada sebelah malam, selepas isyak di rumah saye di Kg. Sri Damai, Kuantan. Sebenarnya majlis kahwin saye ni agak unik sikit..haha..uniknya sebab majlis berinai dan nikah di rumah saye, majlis perkahwinan a.k.a sanding di rumah tok di Kg.Tiram, Kuantan. 

Mula2 memang decide nak buat di rumah saye je. Tapi memandangkan tenaga kerja (saudara mara) ramai yang tinggal di Kg.Tiram, maka lokasi majlis saye di ubah. Sebenarnya time ubah tu kad semua dah tempah. Jadi bila kad siap, saye terpaksa la adjust buat alamat & pelan baru untuk diselit dalam kad (mujur saye kreatif) haha :p

Majlis nikah tak payah ubah tempat la kan. Sebab tok kadi pun kami dah booked. Kang banyak kerja pulak nak tukar2 tempat nikah ni. 

Berkenaan dengan majlis berinai ni sebenarnya kalau ikutkan saye tak nak buat pun. Tapi ma suruh buat jugak, dia kata takpe la just untuk suka2 & ambik gambar buat kenangan. Lagipun majlis ni kami just jemput keluarga terdekat je. Mula2 saye nak buat petang 24/10/2014. Maknanya petang berinai, malam pulak nikah. Tapi ada family saye yang suruh tukar, buat hari lain sebab katanya takut tak terkejar & kelam kabut. Ok, saye setuju aje lah.

Hari sebelum tu, (Rabu), sepupu saye Kak Noti dah datang pasang pelamin kat rumah. Masa bertunang dulu pun dia jugak yang mekap & buat pelamin saye. Dia datang dengan 3 adik dia & sorang lagi sepupu. Pastu pak sedara saye, Pokchey & family dia datang dengan sebuah kereta lagi untuk tolong.

Ok, berbalik tentang  majlis berinai..saye buat tema zaman dolu2..ala Melayu Klasik. Saye pakai baju kebaya Kota Bharu & di mekap gaya klasik oleh Kak Noti..hehe.Tapi malam ni saye just bersanggul & sebab tu kalau tengok gambar berinai saye tak banyak kat bawah ni. Apa yang special, malam tu sebenarnya saye pakai baju saye masa umur 16 tahun. Haha..dah 12 tahun umur baju tu tapi takde sorang pun perasan. Maybe sebab saye pakai sekali dua je & simpan baju tu. Mujur muat lagi & still nampak baru, tapi tu pun kena outer sikit la. Bahagian pinggang kain kena besarkan & bagi labuh sikit. Baju pun kena besarkan sikit. 

Malam tu makan simple2 je..nasik lemak, sambal bilis, telur rebus, ulam timun, daging dendeng, tumis ikan tongkol . Disebabkan makanan semua diorang siapkan di Kg. Tiram, jadi kat rumah saye takde apa2 makanan. Yang tukang hantar makanan pulak datang lambat malam tu..tetamu dah sampai tapi makanan takde lagi..mujur la tetamu tu kaum kerabat kami jugak. Jadi takde la nak bising2 sangat. Bila makanan sampai, diorang makan dulu lah. Saye yang dah siap mekap ni pun hentam makan dulu kat dalam bilik. Haih, takkan nak makan lepas selesai majlis kan. Mau pengsan kelaparan pulak jap lagi. Time tu tak peduli dah lipstik pudar ke apa ke. Apa susah kan, touch up je lepas makan..hehe..

Lepas siap makan, acara berinai pun bermula..takde apa2 sangat nak cerita time berinai ni. Biasa je la kan, saye duduk ala2 sopan gitu kat atas pelamin & sorang demi sorang ahli keluarga datang ke depan untuk inaikan jari saye. Tapi sebenarnya just datang action untuk ambik gambar je..hehe..

Kat bawah ni gambar pada majlis berinaiade 3 keping je yg sesuai ditunjuk..korang layan je la ek.. hehe





Ok, tu je cerita Majlis Berinai..kite jumpa lagi dalam entry Majlis Nikah pulak..wasalam :)

 

Tuesday, November 11, 2014

I'm Married!

Assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah..majlis perkahwinan saye berjalan dengan lancar pada bulan lepas. Bermula dengan majlis berinai pada 23.10.2014, majlis nikah pada 24.10.2014 dan majlis perkahwinan, 25.10.2014.

Berakhir sudah segala penat lelah untuk buat persiapan majlis tersebut. Eh2 apa formal sangat ayat saye ni. Rasa macam tengah buat karangan sekolah pulak..haha

Hurm apa yang saye perasan episod "wedding preparation" saye dah tergantung sampai part 2 je.Pastu senyap je. Tup-tup majlis dah selesai pun..haha..Minta maaf semua (walau takde siapa yang kisah..hihi) saye terpaksa stop berblog kejap hari tu sebab bz sangat2 dengan preparation. Bila dah tamat majlis pulak, rasa letih giler sampai demam. Lagi lah takde mood nak update apa2 kan. Tapi takpe..Insyaallah, saye akan sambung episode "wedding preparation" tu nanti. 

Ha..rasa2 nak bercerita tentang majlis saye tu..tapi nanti dulu lah..ni dekat ofis, mana bleh update banyak2 kan haha..(curi2 je menaip ni). Lagipun, sambil bercerita nanti nak jugak selit2 gambar berkenaan, baru la tak boring. 

Apa-apa pun terimalah sekeping teaser wedding pic saye di bawah ;)


Note: Dah tak boleh bahasakan diri Miss/Cik Og lagi..Dah tukar Mrs. Og..hehe. Ok bye..jumpa dalam next entry

Saturday, October 18, 2014

Cara Pakai Contact Lens Dengan Betul

Assalamualaikum..

Saye pernah buat entry berkenaan first time pakai contact lens dulu kan. (Klik sini) 
Kononnya lepas tu nak buat entry tips penjagaan & cara pakai contact lens..last2 hampeh tak buat pun..hehe

Lepas majlis bertunang bulan 1 yang lepas, saye memang tak sentuh dah contact lens ni. Bukan apa, sebenarnya saye rasa lebih mudah pakai cermin mata. Kalau bab selesa memang selesa lagi pakai contact lens tapi kalau busy & tak banyak masa, baik guna cermin mata. Mudah & selamat.

Disebabkan majlis kahwin dah dekat, maka saye kena pakai contact lens lagi. Jadi semalam saye dah start pakai semula la. Ingatkan susah nak masuk dalam mata sebab dah lama tak pakai kan, tapi mujur mudah je..hehe

Ok, di bawah ni saye bagitau secara ringkas cara penjagaan & memakai contact lens :)

1. Contact lens yang baru dikeluarkan dari bekas (yang belum pernah diguna) hendaklah direndam dulu dalam solution, minimum 6 jam.

2. Sebelum pakai contact lens, cuci tangan bersih2 dengan sabun/ hand soap kemudian bilas & lap kering. Selepas tu keluarkan contact lens dari bekas dan sila pastikan tiada habuk di contact lens tu. Kalau ada, letak kat tapak tangan, titiskan solution ke atas contact lens & gosok perlahan2.

3. Seterusnya, letak contact lens di hujung jari telunjuk. Pastikan contact lens tidakdi dalam kedudukan terbalik. Gunakan jari tengah (tangan yang tak pegang contact lens) untuk tarik kelopak mata atas. Jari tengah (tangan yang pegang contact lens) tarik kelopak mata bawah. Luaskan mata secara rileks, pandang lurus ke cermin di depan anda dan masukkan perlahan2 contact lens ke mata.




Letakkan contact lens ke atas jari telunjuk seperti ini.


Pastikan contact lens tak terbalik. Kalau kedudukan betul, contact lens nampak elok je macam mangkuk separa bulat. 


Cara nak masukkan contact lens ke dalam mata.
A- Jari tengah tarik kelopak mata bawah
B - Jari telunjuk pegang contact lens dan nak di masukkan ke mata
C - jari tengah (tangan lain) tarik kelopak mata atas.

4. Bila contact lens dah masuk, pejamkan mata sekejap dan kedipkan mata perlahan2 supaya kanta tu dapat berada pada anak mata dengan kedudukan selesa.

5. Jika penggunaan kali pertama, kita kena pakai dalam tempoh 4 jam sahaja. Hari seterusnya 6 jam, kemudian tambah ke 8 jam. Dan hari2 seterusnya boleh dipakai 10 jam. Maksimum 12, kalau pakai lebih dari tu nanti akan mudaratkan kesihatan mata kita.

6. Kalau rasa mata kering, anda boleh titiskan mata dengan eye-mo atau apa2 penitis mata yang sesuai. 

7. Untuk keluarkan contact lens pula, pertama sekali sila cuci bersih tangan anda. Kemudian tanggalkan dari mata dengan cara 'mencubit' keluar contact lens. Cubit perlahan je tau dengan jari ibu dan telunjuk.



Cara untuk keluarkan contact lens

8. Oh ye, lupa nak bagitau tiap kali kita guna contact lens, sila keluarkan air solution bekas rendaman contact lens tu. Bilas sikit bekas tu guna air solution juga. Bila nak masukkan semula contact lens dalam bekas, sila bersihkan dulu contact lens tu dengan cara  gosok perlahan2 gunakan air solution. 

9. Simpan semula contact lens dalam bekas. Jangan lupa letak air solution dalam bekas tu ye.

10. Perlu ingat, jangan sesekali cuci contact lens atau bekasnya dengan air lain selain solution.

Ok, itu je sedikit sebanyak tips dari saye. Harap dapat membantu mereka yang first time nak pakai contact lens. :)



Saturday, October 11, 2014

Wedding Preparation Part 2 - Baju Nikah

Assalamualaikum..
Majlis saye tinggal lagi 13 hari. Rasa kejap je masa berlalu kan. Punya la lama saye nak keluarkan entry wedding preparation part 2 ni..hehe..sebenarnya bahan2 terpaksa di'peram' sebab sibuk sangat2. Tak sempat nak jenguk blog. 

Ok, kali ni saye nak ceritakan tentang baju nikah. Macam biasa, baju saye dijahit oleh ma dan dihias oleh saye sendiri. Saye buat baju mini kurung je dengan kain beralun. Untuk baju saye gunakan kain prada lace & untuk kain saye gunakan chiffon. Lepas tu baju tu saye hiaskan dengan manik2. 

Untuk majlis nikah, saye pilih warna off white sebab saye suka tema yang simple & nampak suci gitu untuk majlis ni. Segala manik2 dan batu permata pun saye pilih warna senada dengan baju supaya tak nampak menyerlah sangat. Dan sengaja saye gunakan prada lace untuk baju nikah supaya nampak kelainan sikit. Untuk veil pun saye DIY sendiri je. Beli 2 meter kain chiffon dan buat tudung halfmoon. Kemudian hias dengan prada lace yang sama dengan baju & manik2.

Ok, di bawah ni gambar2 baju yang sempat saye snap tapi alamak!! Gambar kain tak de pun..hehe..tula kan, duk excited dengan baju sangat.

 Ni dia baju saye..

 Ok kita zoom in lagi ke arah manik2

 Rupa keseluruhan baju, tapi ni belum siap jahit manik lagi

 Kerja saye selalu tergendala dengan 'budak' sekor ni. Oh, lupa nak bagitau kami ada bela anak kucing kacukan Persian sejak awal bulan 9 dan kami namakan dia Olaf.

 Bila mengantuk je dengan slumber ''budak' ni panjat riba untuk tidur. Tak peduli lah kita tengah buat kerja pun

 Apa pandang2 nak gaduh? 

 Walau selalu diganggu Olaf time menjahit manik..akhirnya siap jugak. Fuhh!! 

Ok, ni gambar veil saye yang baru siap ditampal prada lace. Gambar yang dah siap mana? Haha tunggu hari nikah je la :p

Anggaran kos baju nikah :
Kain Prada Lace 2 meter : RM60 x 2 = RM120
Chiffon 5 meter : RM 7 x 5 = RM35
Lining 4 meter : RM 4 x 4 = RM16
Manik : RM50
Lain2 (zip, benang) : RM20
Total : RM241

Veil Halfmoon:
Chiffon 2 meter : RM11 x 2 =RM22
Jahit tepi : RM4
Prada lace & manik : lebihan dari baju sahaja.
Total : RM26

Tudung Halfmoon:
(tak ada dalam gambar)
Chiffon  2 meter : RM 7 x 2 = RM14
Jahit tepi : RM4
Total : RM18

Ok, itu saja untuk kali ni. Nanti saye sambung part lain pulak ye. Wasalam :)


Thursday, August 28, 2014

Wedding Preparation Part 1- Borang Nikah & Dokumen Berkaitan

Assalamualaikum...

Perkara paling utama yang saye nak ceritakan dalam episod Wedding Preparation (amboi episod tu, dah macam drama tv pulak hehe) adalah berkaitan borang2 yang perlu di settle dengan Jabatan Agama.

Sebenarnya dalam banyak2 senarai "what to do" untuk wedding ni, saye rasa hal berkaitan dokumen & borang la paling rumit. Bukanlah apa, tapi saye rasa macam berserabut je sebab banyak sangat stepnya hehe.. Dah la tak tau apa2 kan, tapi berdasarkan kerajinan saye untuk search dalam website JAIP dan blog2 yang ceritakan hal borang nikah kahwin ni, Alhamdulillah..dapat jugak la maklumat yang berguna.

Ok, disebabkan saye dah selesai urusan ni maka marilah saye kongsi sedikit pengalaman saye ye. Moga dapat membantu B2B yang lain pulak (apasal skema giler ayat saye hari ni..haih!)

Pada 14/08/2014 lepas saye ambil cuti semata2 untuk settle kan hal ni. Wah, sampai ambil cuti tau. Bukan apa, sebenarnya ofis saye ni bukan dalam pusat bandar, jadi kalau nak buat urusan2 ni mesti makan masa kan. Jadi saye set 1 hari untuk settlekan semua. Itupun kena cari hari yang tunang saye free. Biar sama2 settle. So, kebetulan tarikh tu dia shift malam, jadi saye pun apply cuti.

Pertama sekali, perkara yang kita perlu ada ialan Sijil Kursus Kahwin. Ok yang ni dah settle awal2. Sebelum bulan puasa lagi. Yuran masih lagi RM80.00 seorang. Kursus dijalankan selama 2 hari. Cara daftar? Mudah je, ambil borang dekat Pejabat Agama di tempat masing atau download dari laman web Jabatan Agama. Tapi better ambil borang terus dekat pejabat agama sebab kadang2 borang dalam website tu yang lama & tak update. Ni nasihat dari orang Jabatan Agama sendiri tau.

Selepas dah dapat Sijil Kursus Kahwin, kita boleh isi borang Kebenaran Berkahwin. Borang ni pun sama jugak, boleh download atau ambil di pejabat agama. Borang ni diberi sekali dengan borang Ujian HIV. Jadi kita isi lah mengikut arahannya ye. Pada borang tu juga kita kena dapatkan tandatangan wali (bagi perempuan), Cop Ketua Kampung/Penghulu/ Majikan untuk mengesahkan status kita (dara/teruna/janda/berkahwin dll). Kemudian kalau alamat IC tak sama dengan alamat tempat tinggal kita kena dapatkan cop pengesahan Ketua Kampung/ Penghulu. Lastly, kena dapatkan cop Penolong Pendaftar di kawasan tempat tinggal kita. Dalam kes saye ni mujurlah alamat IC sama dengan tempat tinggal, tunang saye pulak walaupun orang Kedah tapi dia bernasib baik sebab sebelum ni dia buat IC baru & guna alamat rumah sewa di Kuantan. Jadi dia tak perlulah balik ke Kedah untuk uruskan borang ni.

Selepas dah isikan borang Kebenaran Berkahwin tu, kita tengoklah dokumen apa yang nak disertakan sekali. Jadi sediakanlah siap2 sebelum hantar. Yang ni jangan risau sebab senarai dokumen apa yang diperlukan tu ada diberi sekali dengan borang.

Ok, borang dah isi, dokumen dah lengkap kan? Jadi sekarang biarkan dulu, kita settle bab ujian HIV pulak.
Ujian ini hanya boleh dibuat di Klinik Kesihatan Kerajaan je tau. Swasta tak diterima. Jadi 2-3 hari sebelum pergi cubalah call klinik dulu. Tanya ada buat ujian HIV tak, kena buat appointment tak? Kalau main redah je takut kita yang hampa kan. 2 hari sebelum pergi buat ujian HIV tu saye dah call 2 Klinik. 1 Klinik Kesihatan Paya Besar. Call2 3-4 kali diorang tak jawab pun. Jadi saye call Klinik Kesihatan Permatang Badak, ok diorang jawab & kata boleh buat HIV test kat sana. Pastu tak payah buat appoinment pun, boleh datang terus je.

Pagi, 14/08/2014 dalam pukul 10, saye & tunang saye (ala panjang betul la panggilan. sebut Mr.F dah la hehe). Ok, saye & Mr.F pergi ke Klinik Kesihatan Permatang Badak. Masuk je tengok, mak aih ramainya orang. Pukul berapa boleh siap ni. Hurm..takpe la dah alang2 datang kan, selesaikan je lah. Terus ke reception dan kata nak buat HIV test. Receptionist bagi borang & kena isikan. Lepas siap je, bagi balik pada dia & bagi sekali borang Ujian HIV dari jabatan agama tu. Bayar RM1 & tunggu lah no.giliran dipanggil.

Ada la dekat 20 minit, no.kami pun dipanggil. Ha, lupa nak bagitau, kalau datang dengan pasangan, no.giliran kita sekali je tau. Maknanya dua2 la masuk bilik ujian tu. Senangkan, settle sekali gus. Dah masuk dalam bilik tu, saye tengok MA tu tengah keluarkan alat2 dari plastik. Elok je saye duduk, dia pun kata :

MA :: Ambil darah ni sakit sikit ye..Eh bukan sikit la tapi memang sakit. Jangan nangis pulak
Saye ::(senyum je sambil dalam hati kata "kalau ye pun jangan la jujur sangat. kata je la tak sakit')
Mr.F :: (duk tergelak2 dekat kerusi belakang saye. Amboi2 sedapnya gelak ye. Takpe jap lagi dia pun kena kan)

Saye hulur jari, kena je jarum tu...eh tak sakit pun. Tapi beberapa saat lepas tu...haaa memang sakit pun. Ala tapi tak lah sakit sangat cuma rasa macam luka kena toreh kaca je hehe.. Tak sampai berapa minit pun keputusan dah dapat.

MA :: Ok, dua2 negatif ye.
 Lepas tulis result pada borang kami, borang tu dia seal. Kalau kita buka seal tu, result tak valid tau. Jadi jangan pandai2 nak buka..hehe

Ujian HIV dah settle, jadi bolehla ke Pejabat Agama untuk hantar borang2 & dokumen tu. Sampai sana, staf JAIP check dulu borang dah lengkap atau tak. Bila dah ok, dia sekalikan je borang saye & Mr.F dan bagi 1 no.giliran. Bila nombor dipanggil, hantar je borang tu & bayar RM5. Borang akan diproses dalam 3 hari bekerja dan surat Kebenaran Berkahwin akan dikeluarkan.

Bila dah ambil surat tu kita kena serahkan kepada Penolong Pendaftar a.k.a jurunikah di kawasan pengantin perempuan. Kiranya serahkan & sekaligus book tarikh dengan jurunikah tu. Bila dah selesai urusan dengan jurunikah tu maka dapatlah kita tarik nafas lega sekejap..fuhh..kejap je tarik nafas lega tau..sebab baru 1 perkara selesai..hehe.. :p

 Ok lah, Part 1 dah tamat..kita bertemu dalam Part lain pulak..Wasalam ;)







Monday, August 11, 2014

Buat sendiri masker

Assalamualaikum.
Jom hari ini saye nak share sikit cara2 untuk buat masker sendiri. Cepat, mudah & berkesan hehe..

Ok bahan2nye ialah plain yogurt + ESP Shaklee + madu. Ha, yang ESP tu bukan setakat boleh buat minuman je tau, tapi boleh dibuat masker jugak. Jadi sesiapa nak try bolehla :)

Semua bahan tadi dicampur dan digaul sebati. Kemudian sapu ke muka. Biar selama 15-20 minit. Dan cuci muka anda. Hasilnya...wah!!! kulit muka rasa segar, tegang & lembut..hehe..Jadi sesiapa yang ada bahan2 ni dekat rumah boleh la try ye ;)



Thursday, August 7, 2014

Menghilang lagi?

Assalamualaikum..

Wah2 lamanya saye hilang dari sini. Lebih kurang 2 bulan dah. Memang bersawang betul la blog ni..huhu..
Sebelum membebel saye nak beri ucapan dulu..Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat seluruh dunia..ampun maaf zahir batin :) 

Hehe..dah hari raya ke berapa baru nak bagi ucapan.(ish2 apa nak jadi cik og ni)
Sebenarnya banyak sangat benda nak dicerita, yela kan hampir 3 bulan tak munculkan diri jadi mesti banyak cerita terpendam. Tapi oleh sebab lama sangat terpendam & terperam maka cerita pun dah lemau ala-ala biskut raya yang masuk angin..hehe

Jadi apa je yang nak dicerita ek? Ok cuma nak maklumkan insyallah bulan 10 tahun ni saye akan berkahwin. Huih macam tak percaya je..lagi 2 bulan lebih ni saye still releks2 tak buat persiapan sangat pun. Yela kan sebelum ni buzy dengan persiapan raya jadi saye hold dulu la pasal majlis saye ni. Kalau rajin saye akan buat review preparation majlis saye ye :)

Owh ok la..next time saye muncul lagi kat sini..hehe...Wassalam..