Assalmaualaikum..
Kali ni saye nak bercerita tentang majlis berinai saye yang diadakan pada Khamis, 23/10/2014. Majlis ni dibuat pada sebelah malam, selepas isyak di rumah saye di Kg. Sri Damai, Kuantan. Sebenarnya majlis kahwin saye ni agak unik sikit..haha..uniknya sebab majlis berinai dan nikah di rumah saye, majlis perkahwinan a.k.a sanding di rumah tok di Kg.Tiram, Kuantan.
Mula2 memang decide nak buat di rumah saye je. Tapi memandangkan tenaga kerja (saudara mara) ramai yang tinggal di Kg.Tiram, maka lokasi majlis saye di ubah. Sebenarnya time ubah tu kad semua dah tempah. Jadi bila kad siap, saye terpaksa la adjust buat alamat & pelan baru untuk diselit dalam kad (mujur saye kreatif) haha :p
Majlis nikah tak payah ubah tempat la kan. Sebab tok kadi pun kami dah booked. Kang banyak kerja pulak nak tukar2 tempat nikah ni.
Berkenaan dengan majlis berinai ni sebenarnya kalau ikutkan saye tak nak buat pun. Tapi ma suruh buat jugak, dia kata takpe la just untuk suka2 & ambik gambar buat kenangan. Lagipun majlis ni kami just jemput keluarga terdekat je. Mula2 saye nak buat petang 24/10/2014. Maknanya petang berinai, malam pulak nikah. Tapi ada family saye yang suruh tukar, buat hari lain sebab katanya takut tak terkejar & kelam kabut. Ok, saye setuju aje lah.
Hari sebelum tu, (Rabu), sepupu saye Kak Noti dah datang pasang pelamin kat rumah. Masa bertunang dulu pun dia jugak yang mekap & buat pelamin saye. Dia datang dengan 3 adik dia & sorang lagi sepupu. Pastu pak sedara saye, Pokchey & family dia datang dengan sebuah kereta lagi untuk tolong.
Ok, berbalik tentang majlis berinai..saye buat tema zaman dolu2..ala Melayu Klasik. Saye pakai baju kebaya Kota Bharu & di mekap gaya klasik oleh Kak Noti..hehe.Tapi malam ni saye just bersanggul & sebab tu kalau tengok gambar berinai saye tak banyak kat bawah ni. Apa yang special, malam tu sebenarnya saye pakai baju saye masa umur 16 tahun. Haha..dah 12 tahun umur baju tu tapi takde sorang pun perasan. Maybe sebab saye pakai sekali dua je & simpan baju tu. Mujur muat lagi & still nampak baru, tapi tu pun kena outer sikit la. Bahagian pinggang kain kena besarkan & bagi labuh sikit. Baju pun kena besarkan sikit.
Malam tu makan simple2 je..nasik lemak, sambal bilis, telur rebus, ulam timun, daging dendeng, tumis ikan tongkol . Disebabkan makanan semua diorang siapkan di Kg. Tiram, jadi kat rumah saye takde apa2 makanan. Yang tukang hantar makanan pulak datang lambat malam tu..tetamu dah sampai tapi makanan takde lagi..mujur la tetamu tu kaum kerabat kami jugak. Jadi takde la nak bising2 sangat. Bila makanan sampai, diorang makan dulu lah. Saye yang dah siap mekap ni pun hentam makan dulu kat dalam bilik. Haih, takkan nak makan lepas selesai majlis kan. Mau pengsan kelaparan pulak jap lagi. Time tu tak peduli dah lipstik pudar ke apa ke. Apa susah kan, touch up je lepas makan..hehe..
Lepas siap makan, acara berinai pun bermula..takde apa2 sangat nak cerita time berinai ni. Biasa je la kan, saye duduk ala2 sopan gitu kat atas pelamin & sorang demi sorang ahli keluarga datang ke depan untuk inaikan jari saye. Tapi sebenarnya just datang action untuk ambik gambar je..hehe..
Kat bawah ni gambar pada majlis berinaiade 3 keping je yg sesuai ditunjuk..korang layan je la ek.. hehe
Kat bawah ni gambar pada majlis berinaiade 3 keping je yg sesuai ditunjuk..korang layan je la ek.. hehe
Ok, tu je cerita Majlis Berinai..kite jumpa lagi dalam entry Majlis Nikah pulak..wasalam :)
No comments:
Post a Comment