Dua hari selepas keluar wad, kami bawa Aqeef ke klinik kesihatan untuk check darah lagi. Memang inilah rutin selagi kuning baby tak turun ke tahap yang memuaskan. Kata nurse, kalau bacaan 130 ke bawah baru lah diorang tak panggil untuk check kuning lagi.
Kali ni bacaan naik sikit. 237.69. Kami tak tunjuk pun surat dari Htaa tu tapi doktor kat klinik ni kata tak perlu admit wad lagi. Saye dah agak risau. Takut bacaan naik lagi.
Dekat rumah pun kami dah pasang lampu 24 jam. Tidur pun dalam cerah. Lauk untuk saye makan pun dah tak boleh letak kunyit, lada hitam, bawang putih semua. Kopi & nescafe pun tak minum dah. Ubat2 herba lepas bersalin pun tak boleh makan lagi. Semuanya demi nak sembuhkan Aqeef dari jaundis. Memang waktu tu muka saye pucat je. Tapi hari2 saye pastikan makan buah oren sebiji atau beberapa biji anggur. At least ada juga vitamin dalam badan.
9.9.2015, bacaan naik lagi 242.82. Kami dah makin buntu. Ada orang cadangkan beli ubat kuning di kedai ubat cina tapi saye ada terbaca dekat blog, kalau tak serasi, kuning jadi lagi tinggi.
10.9.2015 saye ke klinik lagi. Selalunya pergi dengan Mr. F tapi dia dah start kerja, jadi pergi dengan ma. Bacaan kuning memang naik lagi, 247.95. Sementara tunggu giliran masuk bilik doktor, ma bersembang dengan pasangan suami isteri kat sebelah dia. Diorang pun datang check anak kuning jugak. Tapi kuning anak diorang dah turun. Ma tanya macam mana boleh turun. Rupanya diorang bagi anak makan ubat homeopati. Hari tu jugak kami pusing kat area Jaya Gading tu, cari klinik homeopati.
Waktu beli ubat tu, owner klinik tu dah pesan, katanya sehari lepas makan ubat tu kuning akan naik mendadak. Kemudian baru turun. Kami bagi Aqeef makan ubat tu ikut aturan. Esoknya pergi klinik, ajaib! Bacaan kuningnya statik. Sama macam semalam. Doktor suruh datang lagi esok.
Sabtu, 12.9.2015, bacaan kuning naik mendadak jadi 326.61. Kami agak, ubat homeopati tu baru mula bertindak. Doktor terkejut dan tak percaya. Dia suruh ke makmal semula. Check lagi sekali. Kesian Aqeef, dua2 tapak kaki kena cucuk. Resultnya makin naik, 328 pulak. Huh, sudahnya doktor kata kalau anak nampak tak sihat atau demam terus pergi hospital. Dia tak suruh admit wad sebab bila check Aqeef macam tak ada masalah pun. Doktor tekan2 kulit dia & kata tak nampak kuning teruk sangat. Cuma yang pelik bacaan tinggi. Doktor cuma pesan, kalau anak demam terus refer ke hospital.
Isnin, 14.09.2015, hari tu Aqeef kena check untuk prolong jaundice. Tapi sebelum tu kena ambil darah macam biasa. Result memang menakjubkan, Alhamdulillah.. kuning Aqeef turun ke 259.42. Masih tinggi tapi lebih baik dari result hari sabtu lepas. Hari tu hari terakhir Aqeef check jaundis. Lepas ni datang untuk checkup usia sebulan & ambil result prolong jaundice.
Waktu checkup usia sebulan, result prolong jaundice dah keluar. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Doktor tekan2 kulit Aqeef, dia kata kuning sikit2 je lagi ada.
Dalam usia 50 hari, baru nampak kuningnya betul2 hilang. Macam tu lah kisahnya anak saye dengan masalah kuning. Apa2 pun, syukur sebab tak ada apa yang serius. Ok lah sekian dulu. Wasalam.
Friday, October 30, 2015
Tuesday, October 20, 2015
Jaundis oh jaundis part 2
Waktu tengah menghadap makan tengahari, doktor India semalam masuk diikuti 2 doktor lain. Muka diorang ceria je. Sebelum diorang masuk tu sempat juga saye dengan roomate melawak. Kami kata rasa berdebar tunggu result ni macam time nak ambik result SPM.. hehe
"Hye mommies, kat bilik ni seorang boleh keluar, sorang lagi kena stay ye.. jadi cuba teka siapa boleh keluar hari ni? " Doktor India tu buat kami lagi suspen. Saye geleng2 kepala je.. tak nak la berharap sangat.
" Ok yang boleh keluar ialah norziatun. Bacaan bilirubin baby you 197“
Alhamdulillah.. tersenyum lebar saye. 'Aqeef, kita boleh balik dah!'
Doktor tu puji saye, katanya bagus, sebab saye dah kuatkan hati untuk letak anak bawah lampu tu. Tak angkat2 dengan kerap. Tapi dia kata saye kena bersedia sebab kuning ni boleh naik semula sebab anak saye dalam tempoh muda lagi. Kemungkinan untuk masuk wad semula tu ada.
Lepas doktor keluar, terus je saye call Mr. F, excited bagitau dah boleh keluar. Dia pun memang nak datang hospital, nak bagi makan tengahari kat saye.
Balik je ke rumah, macam2 petua untuk hilangkan kuning kami try. Bagi Aqeef minum air sengkuang cina, perahan air anggur hitam. Saye pun makan juga buah2 tu. Dengan harapan zat buah tu masuk ke susu.
Esoknya 4.9.2015, dapat la saye berurut. Lega sikit badan ni. Hilang rasa bisa2 & lenguh. Nurse klinik kesihatan pun datang, dia check anak & bagitau anak kuning lagi jadi petang tu kena check darah di klinik.
Bila bawa check, resultnya bacaan 232.56. Kuningnya naik semula. Tapi doktor bagi chance. Dia suruh datang check lagi esok sebab semalam baru keluar wad, takkan nak admit balik kan. Dekat rumah, bagi lagi Aqeef minum air sengkuang cina & air anggur hitam. Kemudian mandikan dia dengan air daun belimbing buluh.
Esoknya check lagi, bacaan makin naik. 261.63. Terus doktor buat surat, kena masuk wad lagi. Waktu tu rasa air mata nak menitis dah. Dah terbayang keadaannya macam mana.
Petang tu kami masuk wad semula. Kali ni dapat bilik 4. ada 6 katil tapi 3 katil je yang ada orang. Kali ni saye macam lebih bersedia dan tak terkial-kial sangat dah dengan keadaan kat sini. Tengok akak katil sebelah lagi lah kesian, anaknya dah 5 hari dalam wad. Masa tu tiba2 rasa bersyukur sebab ada orang lain yang lebih berat ujiannya dari saye.
Esoknya, Alhamdulillah.. Aqeef dah boleh discharge dengan bacaan 230.2. Kali ni doktor dah sediakan surat mengatakan kalau kuning Aqeef bawah dari 250 tak perlu admit wad.
Balik rumah je saye bagi tau ma, tak payah la kita bagi Aqeef minum air sengkuang cina & anggur hitam tu. Mungkin tak serasi dengan dia kot sebab tu kuningnya tak turun pun. Cuma mandi dengan air daun belimbing buluh tu still kami buat.
To be continue...

Monday, October 19, 2015
Jaundis oh jaundis part 1
Assalamualaikum..
First sekali nak cakap, yeay!!! saye dah habis pantang.. hehe. Hari ni Aqeef dah berumur 51 hari. Oklah untuk kali ni saye nak flashback pasal Aqeef kena jaundis a. k. a kuning. Tengok tajuk pun dah tau kisah ni panjang kan sebab ni baru part 1..huhu..
1.9.2015, hari pertama nurse Klinik kesihatan datang check ke rumah. Lepas check Aqeef, dia kata baby ada kuning. Petang nanti dia suruh bawa ke klinik kesihatan. Jadi petang tu saye bawa Aqeef check kuning. Bacaannya tinggi, 249.66. Kena refer ke Htaa. Aduh, sedih betul. Baru sehari dia balik rumah, dah nak kena masuk wad lagi.Tapi kali ni saye boleh temankan dia.
Balik rumah, kemas2 barang yang patut. Lepas tu pergi ke Htaa. Tinggallah saye berdua dengan Aqeef kat wad tu. Orang lain tak boleh masuk, kalau suami datang nak bagi barang pun boleh masuk 10 minit je.
Macam2 perasaan ada waktu tu. Dah la tak pandai lagi nak jaga baby, ni kena jaga sendiri 100%. Tambah lagi badan memang lemah sangat2. Belum sempat berurut lagi kan.
Aqeef kena jalani rawatan fototerapi. Baring dalam baby cot, bawah lampu biru dengan matanya ditutup. Kami masuk bilik 5. Dalam bilik ni ada 2 katil je, maknanye hanya kami & satu lagi pesakit lain je. Jadi ada privacy sikit berbanding bilik lain yang ada 6 katil. Roomate kami ni pun baru masuk, awal beberapa minit je dari kami.
Malam tu Aqeef meragam. Dia tak nak baring dalam cot. Bila saye angkat & dukung, dia diam. Letak je terus nangis meraung2. Baby yang sebilik dengan kami rileks je. Tidur lena dalam cot. Dengan maknya sekali tidur lena. Saye? macam Aqeef jugak la.. berjaga sepanjang malam. Kalau dapat tidur pun, paling lama setengah jam je, lepas tu dia terjaga dan nangis. Terpaksa la saye angkat dan susukan dia. Tapi kalau banyaknya duduk atas riba saye je, macam mana kuning tu nak kurang. Sudahnya dengan saye sekali menangis. Tah la, masa tu rasa tertekan sangat hadap situasi tu sorang2. Tambahan lagi sedih tengok anak dalam keadaan gitu.
Pukul 6 pagi doktor datang ambil baby, untuk check darah. Keputusan akan keluar tengahari. Sekali lagi sedih, tengok tangan kecil tu ditampal kapas lepas ambil darah. Waktu siang dapat juga la Aqeef bertenang bawah lampu tu. Maybe sebab dah letih & mengantuk sangat. Tengahari tu result keluar tapi mengecewakan. Bacaan kuning Aqeef turun sikit je. Kalau bawah dari 200 baru boleh keluar.
Pada hari tu ada sorang nurse masuk bilik kami, dia tengok Aqeef tengah melalak dalam cot. Dia bagitau, kalau anak nangis gitu bedungkan aje, pastu angkat dan bagi susu atau tidurkan dulu. Bila dah lena letak slow2 dalam cot & buka bedung. Ok, tq nurse.. tips dia agak membantu. Sebelum ni tak terfikir nak buat gitu. Maklum la otak bercelaru.
Hari tu doktor yang datang check sangat2 friendly. Doktor india, perempuan. Dia tanya saye kenapa kuning turun sikit sangat, anak tak nak duduk bawah lampu ke? Saye pun cerita la hal betul. Dia tak marah pun dengan senyum dia kata "Hye handsome boy, you bully your mommy ha.. takmo macam ni la..kesian dia. you nak sihat kan, so dengar cakap your mom." Kemudian dia bagitau saye, cuba juga letak dalam cot, kena kuatkan semangat sebab kalau ikutkan sangat anak nanti lagi lambat keluar wad. Ok, kali ni saye kena jadi lebih tabah, mission saye untuk discharge hari esoknya. Please Aqeef, be strong!
Saye mula kuatkan hati, kalau dia nangis sikit2 saye biarkan aje, kalau dah kuat sangat baru angkat tapi saye pastikan bedung dia dulu. Ok, kali ni dapat la dia tidur lama sikit dalam cot. Malam tu pun saye dah agak tenang, tak mo nangis2 dah.. hehe.
Pukul 6 pagi, macam biasa doktor ambil baby untuk check darah. Saye berdoa dalam hati.. harap result Aqeef kali ni bawah 200. Tengahari tu dah dengar 2-3 orang doktor bercakap sesama diorang. Saye dengar diorang kata bilik 5 sorang boleh discharge sorang lagi kena stay. Ya Allah.. harap2 kami lah yang boleh discharge tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)