Friday, May 5, 2017

Hilang ke mana?

Assalamualaikum...

Wah wah lama sungguh saye menghilangkan diri. Last muncul kat sini pada bulan december 2016. Tahun lepas la tu..hehe. Tup tup tengok kalendar, eh dah bulan 5 rupanya. Kejap je masa berlalu.

Sebenarnya saye menghilang sebab rasa macam tak ada benda nak dicerita tambahan lagi sekarang ni sibuk dengan urusan harian. Macam dah tak sempat nak mengarang kat sini..huhu. Kadang kadang ada benda nak share tapi tetiba rasa eh, tak payah la. Macam tak sesuai je nak up story. Gitulah ceritanya. Sampai la malam kelmarin, Mr.F saye tegur, dia kata dah lama saye tak update blog. Haha..akhirnya ada jugak yang tanya khabar blog ni. Oklah saye update la ye demi permintaan peminat (please jangan muntah 😜)

Bila usia dah meningkat dan kita bukan lagi di alam remaja ni, semangat nak share life dekat media sosial makin merundum. Itu saye la..orang lain saye tak tau macam mana kan. Apa yang saye perasan,  kalau dulu2 boleh kata hari2 saye akan up status kat facebook. Status merapu je pun. Contoh: Tiket bas oo tiket bas, kenapa kau habis? Huaa nak balik kampung! 😭

Haha..skarang kalau terbaca balik status2 merapu zaman remaja dulu, rasa macam nak hempuk je. Macam...eh apa benda la aku tulis ni? Skarang ni facebook saye dah sunyi dari segala status. Dah tak rasa nak menulis kat sana. Log in FB pun hanya untuk scroll2, baca info, like, komen kalau ada orang tag, kadang2 saye tag orang. Sesekali upload gambar aktiviti. Takde dah nak upload gambar selfie2..hihi. Tapi yang kerap dibuat dekat FB sekarang ni ialah...promote servis bisnes sendiri la kan. Dah nama pun bisnes online.

Nampaknya sindrom tak mau update apa2 tu dah berjangkit ke blog ni pula. Kalau dulu blog ni macam diari la. Apa2 pun nak cerita kat sini. Kisah pakai selipar lain sebelah pun nak update..haha apa benda la kan. Tapi tula namanya manusia. Ada peringkat2nya. Level kanak2 perangai lain, remaja lain, dewasa lain, esok lusa bila dah tua lain pulak la perangainya kan. Kadang2 rasa nak close dah blog ni. Tapi...sayang pulak. Banyak kenangan blog ni sebab dah lama. Lagipun ada jugak entry2 yang bermanfaat. Boleh share ilmu dengan orang lain. So...biarkan aje di situ walau blog ni sendu je.. 😁

Ha..cukuplah bebelan saye ni. Kalau ada idea lain saye akan coretkan lagi di sini (ewah, ayat bukan main). Ok pembaca2 sekalian..kita sembang2 lagi next time ye..wasalam.


No comments:

Post a Comment