Wednesday, August 11, 2010

Rahsia waktu solat

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh



Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif.


Waktu Senja


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Sumber: Ustaz Zahazan, masjidkluang.blogspot.com

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan



ku Mengharapkan Ramadhan
Kali ini Penuh Makna
Agar Dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintahnya
Moga Dapat ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti-henti

Tak Ingin ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi Segalanya Dengan Sabar
Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan Kekuatan
ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah

Dengan Rahmatmu Oh Tuhanku

ku Tempuh Jua


Syukur Alhamdulillah kerana masih berpeluang utk bertemu dgn Ramadhan Al-Mubarrak pd thn ini. Semoga Ramadhan kali ini dapat kita isi dengan penuh makna dan harap dptlah kita menjauhi segala larangan2 Nya. Salam Ramadhan sy ucapkan kepada semua... =)



Saturday, August 7, 2010

Should I cry??



Huhu...sob2 (nangis la kunun :p) buat pertama kalinya sy rasa sgt2 tersentuh disebabkan sebuah drama. Seblom2 ni kalau rase sedih pun x smpai kuar air mata. Tapi drama yg satu ni berjaya buat air mata sy bertakung gak. Walaupun jumlah air mata yg bertakung tu x buatkan ia menitik ( just rasa cam basah je kat kelopak mata nih) tp ni satu perkembangan terbaru la. Yey, sy bukan jenis cold-hearted!! (sila rujuk entry hati ais)

Apakah? Mengapakah? Adakah sy dah berubah? Ini nak kire perubahan positif ke negatif? Tah la..sy pun taktau nape tetibe aura sensitif masuk ke dlm jiwa sy yg brutal ni. Maybe sbb sy betul2 hayati citer ni kot. Maklum la tgk sorang2 dlm bilik. Fokus giler sbb xde sape yg interrupt coz roommate blk kg.

Eh lupe lak nak cakap citer apa yg sy tgk tu. Mesti korang nak tau sgt kan? ( ceh,perasan!) Hehe..ok2 sy nak bg tau la ni...citernye bertajuk ENGINE. Ha, nape korang x caye ke? Tajuknye cam ganas je, ye x? Pehal minah ni nak sensitif2 ngan citer gini (msti ade yg ckp camni kan. Kalau x pun korang angguk je la :P)

Walau tajuk die keras cam besi je tp jln citer die sgt menyentuh jiwa. Ni bukan citer pasal loving couple tp tetap berkisar tentang kasih syg. Hurm ni ade sinopsis nye yg sy cilok dr website mysoju..(malas lak sy nk translate. Bace je la ek..hehe)

Jiro Kanzaki (Takuya Kimura) is an F3000 test driver blessed with acute sensitivity and breathtaking driving techniques. He's a daredevil who feels no fear driving at speeds that even top racers dare not attempt. But unexpected trouble forces this world-famous racer to leave his team and return to Japan for the first time in years. Until he finds a new job as a racer, Jiro decides to stay with his parents. What awaits Jiro there is his hardheaded father, his nagging sister, the 12 children of the foster home his father runs, a snobbish male nurse, and a stubborn female nurse who likes to daydream about her life. Jiro's return home brings a breath of fresh air that influences the people around him. However, he is still unaware that he too will eventually be influenced to change the way he thinks and lives.

Ha..part mane yg buat sy sedih tu? Kisah nye camni, satu hari rumah ank yatim tu trpaksa ditutup sbb beberapa problem. Jadi budak2 yg seramai 12 org tu terpaksa dimasukkan ke rumah ank yatim lain tapi diorang terpaksa berpecah la.. Time tu la sy rasa touching sgt. Nak2 bile tengok hero (takuya kimura) yg selama ni cam xde perasaan syg kat bebudak tu leh nangis sbb nak berpisah ngan diorang :'-(

Kalau nak rasa lg feel apa kata korang tgk sendiri citer tu. Kompem sedih punye...huhu.. Walau citer ni dah lama, dlm tahun 2005 kalau x silap la, tp still best utk ditonton & ada byk pengajaran di dalam nye. That's why sy suke tgk drama2 jepun ngan korea. Citer diorang ni slalunye more to reality & buatkan kite rasa lebih bersemangat utk tempuhi cabaran. Paling sy suke bile diorang sebut: Ganbatte kudasai! (Japanese), Aja-aja fighting! (Korean)..
Bersemangat je rasanye...hehe..Ok2 stop melalut. Korang layan la gambar dr Drama Engine kat bawah ni ek. Bye...Sayonara =)



Ni la citernye : Engine



Hero: Takuya Kimura yg hensem



Heroin: Koyuki yg sweet



Pelakon2 utamanya



Salah-satu adegan dr drama (abaikan dialog box tu...huhu)

p/s: Ada 2 episode lagi nak tamat...tgh berdebar2 nih (over tau :P). Kalau nak join sy tgk pun boleh..click je kat sini


Friday, August 6, 2010

Jom fikir sekejap.

Hurm...apa kata kite baca sambil2 tu berfikir jap tentang kata - kata yg sy dpt dr internet ni.. =)

Girls are like apples on trees. The best ones are at the top of tree. The boys don't want to reach for the good ones because they are afraid of falling & getting hurt.Instead, they just get the rotten apples from the ground that's aren't as good, but easy. So, the apples at the top think something is wrong with them, when in reality they are amazing. They just have to wait for the right boy to come along. The ones brave enough to climb all the way to the top of the tree.

"If you're not using your smile, you're a man with a million dollars in the bank and no checkbook." Les Giblin

In the end, it's not going to matter how many breaths you took, but how many moments took your breath away.

Friends are angels, who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly.

"Life is trying things to see if they work" Ray Bradbury


Friendship is like a precious flower. Ready to bloom every hour. It may stop growing or keep on flowing. But you will still have it forever.

Never take a person for granted. Hold every person close to your heart cause you might wake up one day & realise that you've lost a diamond while you were too busy collecting stones.



Wishing star



Dirimu ku yakin kekasih jiwa ini
Setitik pun ragu hilang entah ke mana
Saat kehadiranmu semua yg ada padaku
Terhenti sekejap menyambutmu ku terpaku

Dan kini bila kau ada di hadapanku
Semua tentangmu terbang jauh tinggalkanku
Kau bagaikan cinta sejati namun tak bisa di miliki
Entah apa lagi menggapaimu lelahku
Bintang jatuh dengarkan ku

Bintang jatuhku datanglah kepadaku
Wujudkan mimpi seperti dulu
Saat kau mempertemukan aku
Dan yg membuat resah jiwaku

Bintang jatuhku tahu kah kau ku menunggu
Hingga malam ini kan berlalu
Terjaga kan aku dari lelapku

Hari-hari berganti semua tetap begini
Hanya hayal tentangmu setia menemaniku
Namun kau tetap tak tergugah
Dan seolah tak tersentuh
Bintang jatuhku hampiri aku




p/s: kualiti video kureng skit..x jumpe dah yg lain. Tapi sy suke sgt lagu ni xtau nape.. (^_^)

Wednesday, August 4, 2010

Haru biru si hari Rabu



Hiahhh....huhuhu!!! (nak betulkan urat skit). Hadoi!!! Rabu mmg hari yg memenatkan. Kalau entri seblum ni sy citer pasal penyakit malas melanda diri, hah bila tiba hari Rabu segala cucu cicit keturunan malas tu terbang melayang gitu (tau takut!).

Haha...tau x nape sy jd rajin lak? Baiklah sila lihat ringkasan jadual sy ni:
10.00 am - 12.00 pm : Kuliah Client Server Programming
12.00 pm - 2.00 pm : Kuliah Web Programming
2.00 pm - 4.00 pm : Lab Artificial Intelligence
4.00 pm - 6.00 pm : Lab Client Server Programming

Wow...lihat betapa indahnye susunan jadual tu. Sangat berseni, betul tak? Mmg kena la ngan orang yg dijangkiti virus malas kan (padan muka kamu cik og :P). Nak dijadikan citer hari ni xde sebarang kuliah atau lab yg cancel. Semua lecturer rajin nk mengajar (hadoi!!) Minggu2 seblum ni xterasa sgt la betapa pack nyer jadual hr rabu sbb ade je class yg cancel, tp minggu ni....hurm..paham2 je la..

Memang giler kelam- kabut la sy...lari sana lari sini (melampau!). Saat2 paling kritikal masa pukul 1.30- 2.00 pm. Kuliah web programming abis awl so berlari berkejaran la sy dr kampus induk ke kampus bandar (padahal naik bas :P). Smpai2 je terus gi print lab exercise pastu ke surau utk solat Zohor. Ngam-ngam kul 2 terus masuk lab. Nak mkn pun x cukup time, mujur masa tunggu bas td sy sempat menyantap sekeping waffle coklat.

Bila dah abis kelas dlm kul 6, kena gi meeting club IT lak. Sebenarnye meeting tu pukul 5 tp yg ade klas cam sy ni diberi kebenaran la utk masuk lewat...Dlm kul 6.50 pm selesai la meeting nyer. Sy ngan 2 lg member xmo tunggu lama dah terus je chow...bior le yg lain lum abis bersenda gurau, beramah mesra dlm bilik meeting tu (korang xmo blk ke?)

Gitu lah sy abiskan hari Rabu yg 'indah' ni. Udah la sy tertinggal payung dlm lab td, jgn la ade sesapa yg amik (harta org tu beb! kalo tuan die tanye apa mau jwb?). Lagi? Kat matrik sy hmpir2 hilang. Lepas kuar dr ATM td tah camne penyangkut kat matrik sy patah pastu sy pun x perasan. Mujur la ade encik baik hati yg perasan & pulangkan kad matrik tu kat sy (thanks encik =)).

Kalau tiap2 kali hari rabu camni, bakal kekurangan vitamin c la sy nampak gayanya. Pasni sy kena makan buah oren byk2 kot..hehe..Ok la korang, sy nak tido dulu. Esok nak bangun awal. Kelas start kul 8 pg lak (Owh my God!).



p/s: Masa utk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

Tuesday, August 3, 2010

Kenapa saya malas???

Huarghh.... nape sejak akhir2 ni sy asyik rase malas je? Sy terkena sindrom kemalasan ke? atau ade hantu malas yg menghasut sy? (salahkan antoo la plak). Ape2 pun alasannye jawapan tetap sama, Og = Malas. Huhu..cam matematik la, 2+2=4 @ 3+1=4...camtu la formula malas ni (apa sy melalut nih?)

Hurm... nak kata xde keje nak dibuat..makin bertimbun ni hah. Tapi satu ape pun sy x dpt settle lagi. Memang betul2 xde mood. Siapa curi mood sy ni hah? Ni yg nk marah ni (merepek lagi, huh!) Abis tu camne nak jadi rajin semula ek?Ok ni ade beberapa cara yg sy dah senaraikan utk menghapuskan MALAS :

1. Jerit2 kat MALAS tu. Marah je die kaw2. Gerenti die takut kat kite. Contohnye, "Hei MALAS! nape ganggu sy ha. Gi lah main jauh2. Kalau kamu dtg lagi sy kejar kamu dgn penyapu!".

2. Install je antivirus MALAS pastu scan la..macam scan virus kat PC. Gerenti virus2 MALAS tu kene delete.

3. Bile rasa malas je terus buat lompat bintang ke, xpun lari setempat, nak lg best buat ketuk ketampi sampai menggigil lutut. Kompem Cik MALAS akan rasa takut utk ganggu org yg terlebih aktif ni kan..hehe.

4. Kalau semua cara tu x jalan gak cube la pujuk MALAS tu baik2. Org kata batu yg keras pun kalau hari2 dititik air akan lekuk juga kan. So, mungkin MALAS tu akan terpujuk gak nanti. Contoh ayt: " Wahai MALAS yg baik hati, silalah tinggalkan sy sbb sy nak menjemput Cik RAJIN pulak ke sini. Kalau kamu ada, die takkan datang punye. Jadi harap kamu dapat beredar ye."

Jadi yg mana satu cara terbaik yg boleh sy gune ek? Hurm..pikir punye pikir semua x boleh kan..hehe.. Sebenarnye semua ni terletak kat diri sendiri. Kalau kite dah set MALAS dlm otak, so mmg malas la kite (cakap je pandai :p). Betul x apa sy ckp ni? Betul kan...hehe..

Ok lepas ni sy nak set RAJIN je dlm otak ni. Mulai esk sy akan bertukar jd org yg rajin. Hiah!! Semangat-semangat!! (Jerit tgh2 mlm smbil berdiri atas kerusi. Hohoh!!) Ok..sy chow dulu sbb nk amik aura rajin pulak. ;)



Macam ni la sy sejak akhir2 nih. (muka seorang yg malas) ish3 :P





Sy akan pastikan sy bertukar jd rajin camni esok. Semangat2!! ;)

p/s: Semua formula melawan malas tu telah dicipta oleh Prof. Og setelah membuat kajian terperinci terhadap penyakit kemalasan melampau. ( Ceh, patutla semua merapu je). Psst, jgn gune formula merepek ni okeh kerana keberkesanannya diragui ! :P