Assalamualaikum
Pertama sekali saye nak ingatkan ni bukan entry berbayar atau iklan. Ini cuma review saye sebagai pengguna.
Ok bab skincare ni sebenarnya saye dah jadi sangat2 cerewet dan berhati2. Sebab dulu2 pernah guna skincare yang ada merkuri & paraben. Sebenarnya tak tau pun. Bila pakai memang cepat je kesannya. Baru seminggu dah nampak kulit jadi cerah. Tapi sebelum tu kulit memang ada menggelupas & bila pakai krimnya rasa tajam2. Tapi nak cantik punya pasal tahan je la..haha. Lagipun memang naif sebab time tu tak ada pendedahan pasal skincare ada merkuri semua tu.
Mujur kulit tak rosak teruk. Cuma bila stop guna skincare tu, kulit jadi agak gelap dan kusam. Time tu pasrah je la & bersyukur sebab kulit tak la naik jerawat ke bernanah ke. Ha lepas tu serik. Cuci muka pun guna serbuk teh je. Haha.. :'D
Kemudian start la misi mencari skincare yang natural. Cari punya cari jumpa la. Saye beli dan guna hampir 3 bulan. Ok la, tapi kesannya biasa2 je. Bila dah nak habis, saye tak repeat order. Saye cari skincare lain. Cari, cari dan cari...terjumpa la Sheskinz Skincare. Tengok macam best. Yang penting natural & krimnya bukan krim kilo dari Thailand atau negara lain.
Lama jugak la saye ambik keputusan nak beli. Takut la terkena lagi kan. Haa, last2 beli jugak la trial set yang ada facial cleanser, dd cream & night cream.
Bila dah beli, terus tak sabar2 nak try..haha. Malam tu terus pakai cleanser & night cream. Wah, memang best. Cleanser dia wangi, buih tak banyak tapi buih yg ada tu sangat halus dan lembut. Bila apply kat muka, dah cuci je kulit rasa lembut dan lembab.
Night cream pulak sangat wangi, struktur tak likat dan tak melekit atau berminyak. Bila sapu kat muka, cream terus meresap. Bangun pagi pun muka rasa tak berminyak. Rasa fresh je.
DD cream pula sangat berbeza dengan cream siang lain. Tak likat atau melekit. Struktur pun ringan je. Warnanya agak gelap tapi bila pakai kat muka warna jadi natural. Guna cream ni saye tak pakai bedak muka pun nampak ok je. Kalau sapu bedak lagi bertambah ok hehe..
Kesimpulannya memang best. Cuma kulit tak la nampak cerah lagi, lagipun produk natural memang lambat efek kan? Takpe, yang penting kulit sihat.
Haa selain dari sheskinz ni saye guna 2 produk tambahan lain. Iaitu, 24k gold mask L- glutathione & Laneige water sleeping mask.
24k gold mask tu saye guna seminggu sekali. Selalunya hari sabtu atau ahad. Best sebab lepas pakai rasa kulit lebih lembut, anjal dan bersih.
Laneige water sleeping mask pun seminggu sekali, pakai waktu tidur. Yang ni pun best sebab kulit rasa sejuk dan lembut je.
Ok, tu saja nak share. Saye tak letak la gambar sebelum dan selepas ke apa sebab baru pakai seminggu je skincare ni.hehe.. Wasalam.
*gambar dari google
Monday, August 15, 2016
Ruam panas
Assalamualaikum
Wah, rajin pulak saye menaip semenjak dua menjak ni kan? Hehe..takpe2 sementara mood menulis ni ada marilah kita bercerita.
Cuaca negara kita sekarang ni memang panas kan. Lebih-lebih lagi waktu musim el nino baru2 ni. Ya Allah, panasnya tak larat rasa. Nak keluar jalan2 pun kadang2 takde mood.
Bila panas2 ni bayi mudah kena ruam kan? Aqeef pun macam tu. Lebih2 lagi dia jenis cepat berpeluh. Lagi lah cepat kena ruam. Memang ruam dia tak teruk sangat tapi kita yang tengok ni yang tak senang duduk..haa..
Dah kejap2 dia garu2..lepas tu merengek sebab gatal dan tak selesa. Kalau garu over sangat sampai calar balar & berdarah. Aduh kesian sungguh.
Ruam panas Aqeef ni selalu ada dekat area leher, dahi, kepala & celah telinga. Yang paling teruk dekat leher dan belakang tengkuk dia.
Macam2 dah saye cuba tepek tapi tak jalan jugak. Mula2 try pakai cream nappy rash macam drapoline. Tapi tak hilang pun. Lagi pun krim macam tu kurang elok kan. Jadi stop, sapu bedak pureen merah. Sama jugak.
Kemudian sapu vco, minyak zaitun pun sama je. Ruam tetap ada. Lepas tu dapat pulak petua pakai tepung ubi. Tiap2 hari aqeef comot dengan tepung..haha..hilang kejap je ruam. Pastu jadi balik. Alahai pening2.
Kemudian ada makcik saye belikan bedak dekat kedai ubat cina, dia kata anak dia dulu guna bedak tu menjadi. Try la sapu..ok, ruam makin kurang tapi...ala...kulit Aqeef jadi sangat2 kering. Tak lembut dah. Bila sentuh rasa kasar sangat. Saye stop pakaikan bedak tu.
Beli pulak krim herbal blend shaklee sebab tengok testimoni ramai yg kata ok. Sapu kat Aqeef, ok..kulit tak kasar dah. Jadi lembut balik tapi ruam naik semula. Rasanya Aqeef tak serasi kot dengan krim tu jadi saye stop.
Buntu dah rasanya. Kemudian try ke farmasi pulak, pekerja farmasi tu cadangkan krim ruam cosmoderm. Ok, try la pakai tapi tengok ruam tak hilang2 lagi. Lepas tu stop sebab abah suruh sapu air daun gelenggang pulak. Haa..nampak hilang la ruamnya.
Tapi masuk hari ketiga, eh kenapa kulit Aqeef macam udang kena bakar? Merah sangat. Rasanya kulit dia tak tahan dengan air daun tu. Aduh, masalah lain pulak timbul. Saye stop sapu air daun gelenggang. Tepek la bedak kedai cina semula. Ye..merah2 hilang dan kulit kering semula. Bukan setakat kering, siap menggelupas. Ngeri pulak tengok.
Tiba2 saye teringat dekat gel aloe vera. Apa lagi, gi guardian beli gel aloe vera pulak. Ok kali ni saye stop pakai bedak2. Try balik sapu krim cosmoderm tiap kali dia lepas mandi. Pastu bila nampak dia rimas je saya sapu gel aloe vera. Nak lagi best, gel tu saye simpan dalam peti sejuk..haha..bila sapu rasa sejuk nyaman je. Saye dah kata kat Mr.F, kalau tak sembuh jugak kite bawa ke klinik kulit la.
Hasilnya? Alhamdulillah..nampak perubahan positif. Ruam makin pudar dan kulit menggelupas tu makin hilang. Dah nampak kulit baru yg bersih dan lembut. :')
Jadi sekarang ni saye guna krim cosmoderm dan aloe vera je. Sebab yang tu sesuai dengan Aqeef. Tapi bagi saye krim atau ubat ataupun petua2 lain tu bukan tak bagus. Tapi tengok serasi atau tak. Ada orang serasi cara A, ada orang kena guna cara B. Ha, yang penting kita usaha la kan. Jangan cepat putus asa. Ok la itu je nak bebel hari ni. Wassalam :)

Tuesday, August 9, 2016
Jom gunting rambut
Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya juga gunting rambut hero sorang ni. Punya la susah. Pertama kali potong rambut Aqeef ni masa dalam pantang. Tu bukan potong la tapi cukur botak..hehe..
Lepas tu tak potong dah. Bayangkan dari umur tak sampai sebulan sampai sekarang. Nak masuk umur setahun dah, tak potong2 langsung. Ha bukan main panjang, berombak2 rambut bila ditiup angin.
Bukan tak nak potong, hari tu pernah la tok abah dia try nak shave guna mesin shave rambut tu..Haa sekali on je mesin terus mengamuk. Menangis macam kena pukul.
Bila nak guna gunting pun sama..marah2. Bukan main garang, siap tolak2 tangan tok abah..haha
Last2 hari ni try je la bawa ke kedai gunting. Siap bawak mainan lagi. Konon nak umpan dia la.
Sampai je kat kedai tu, awal2 dah pesan kat uncle tukang gunting. Kata jangan pakai mesin, pakai gunting je. Dah letak dia atas kerusi, uncle tu pakaikan dia kain, eh2 baik je dia. Pastu uncle tu start gunting rambut. Wow, diam je? Takde pun aksi menangis ke, meraung ke...Wah ajaib betul.
Akhirnya uncle tu berjaya gunting rambut dia tanpa sebarang masalah..hehe..settle. Lain kali kena datang sini lagi la nampak gayanya. Sebelum stop bercerita, jom tengok gambar di bawah.

Aqeef rileks je dengan sebeban rambut dia ni. Ibu yg nak pitam tengok..haha
Tengok..nampak macam behave sangat kan?
Ibu yg gabra, siap bawak steering mainan aqeef :p
Tadda! Rambut saye dah pendek. Ibu jangan kutuk2 rambut Aqeef lagi.
Wednesday, August 3, 2016
Nak setahun dah :)
Assalamualaikum.
Selamat hari raya, maaf zahir batin. Ohoii..dah 29 syawal dah ni. Baru nak ucap selamat hari raya..hehe. Dah la lama tenggelam tetiba je muncul kan? Eh, biarlah memang dari dulu dah macam ni kot. Tuan blog ni jenis pemalas sikit nak update.
Ha, nak berbual kisah apa ye. Banyak sangat cerita terperam ni..Tak pe la abaikan je cerita2 basi semua..hehe..
Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Nak setahun dah. Apa yang setahun? Ohh ye, anak saya nak masuk umur setahun dah pd 29/08/2016. Terharunya :')
Apa yg terharu pulak? Haha..bukan apa, rasa macam baru je lagi sy bersalin, baru sangat2 tengok dia sebagai bayi yg berbedung, baru lagi tak tidur malam sebab dia sawan tangis tiap2 malam. Haa..tetiba dah nak masuk setahun. Alhamdulillah.. Tapi tak nak buat ucapan lagi. Kita tunggu entry selepas sambut hari lahir. Baru la buat ucapan panjang2..hehe
Sebagai penutup entry, sy tempek gambar hari raya kami, boleh? Hehe

Ni gambar aqeef buat lawak songkok. Ok yg kat bawah ni gambar elok sikit.
Ok itu saja, wassalam. :)
Saturday, January 23, 2016
Being a mom is...
Topik kali ni berkisar tentang topik mak2 lagi.. haha..rasa macam makcik2 sangat sekarang ni. Takde topik lain nak dibincang.
Tadi scroll2 facebook lepas tu ternampak la gambar2 kat bawah ni yg di 'share' oleh member saye. Gambar berkenaan 'being a mom'. Yang saye letak kat sini sebahagian je tau.. Yang berkaitan dengan saye je.. hehe..
Macam yg saye bagitau dalam post sebelum ni, multitasking. Memang betul pun dalam 1 masa, macam2 kerja kena buat.
Yang ni pun selalu terjadi.. haha. Elok je kita tukar pampers dia.. tetiba tadda!!!! dia siap buat 'kuih' dalam pampers sambil sengih2.
Bila si kecik tidur memang rasa lega sebab time tu la dapat nak rehat kejap.. hihi..
Ini tersangat lah betul. Contohnya sekarang ni.. tengok topik apa yg saye tengah bebelkan? Pasal anak lagi kan. Haih.. yg membaca pun mesti boring dah.
Setuju sangat ni.. hehe. Lebih2 lagi masa dalam pantang. Kalau boleh nak ma ada dengan saye 24 jam.. haha cepuk sekali kang. Manja sangat!
Yang ni pun selalu terjadi. Banyak sangat penasihat tak berbayar. Tapi takpe la, tu tandanya orang ambil berat pasal kita dan anak. Cuma kita sebagai ibu kena pandai buat pilihan terbaik untuk anak.
Kadang2 bila anak buat perangai lebih2 lagi time kita busy atau letih memang rasa nak nangis macam dalam gambar tu..
Haha.. yang ni pun betul kan. Walau baby tak pandai cakap lagi, tapi dari cara dia nangis tu kita boleh agak dah tu jenis nangis apa. Dia lapar ke, ngantuk ke, bosan ke. Nada tangisan tu berbeza-beza.
Last sekali, kita pun terjerumus semula tengok cerita untuk budak2.. haha setakat ni takde la kena belajar nyanyi lagu dalam kartun lagi. Tapi tiap pagi, sebelum pergi kerja, saye kena mengadap cerita kartun dengan Aqeef. Selalunya cerita Sofea The First.
Itu aje la yang saye nak share kali ni. Lain kali kita bercerita lagi ye.. hehe.. wasalam.
Saturday, December 26, 2015
Apple of my eye
![]() |
| Aqeef masa baru lahir. Usia tak sampai sehari lagi. |
![]() |
| Aqeef umur sehari. |
![]() |
| Yang ni dah umur 6 hari. |
pumpy-umpy-umpkin,
you're my sweetie pie
You're my cuppycake, gumdrop,
snoogums-boogums,
you're the apple of my eye
And I love you so, I want you
to know that I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
because you are so dear
Lagu cute ni ditujukan khas untuk buah hati pengarang jantung.. siapa lagi kalau bukan anak kesayangan saye.. Ahmad Aqeef Zhafran.. hehe
![]() |
| Waktu ni baru2 cukur rambut. Botak licin dia.. hehe |
| Dah pandai nak main sikit2. Tapi time ni tak berapa aktif lagi. Asyik tidur sebab jaundis still tinggi. |
![]() |
| Dah pandai senyum lebar. |
Kejap je rasa, lagi 3 hari nak masuk 4 bulan dah umur Aqeef. Kalau ditanya ada perubahan hidup tak sejak ada Aqeef. Memang ada, rasanya banyak sangat perubahan. Antaranya:
- Tak boleh lagi bangun tidur lewat2. Zaman tu dah berlalu. Mata Aqeef ni macam dah ada set alarm. Dalam pukul 7 lebih je dia akan bangun. Jadi saye pun kena bangun la. Tak kira la hari kerja ke, off ke, kena bangun awal jugak.
- Multitasking. Haa.. ni mujurla dari zaman bujang lagi saye dah praktikkan. Sejak ada anak ni bertambah2 la skill multitasking ni.. haha.. mana taknye. Sambil hayun buaian anak sambil lipat kain. Sambil sikat rambut pun boleh kemas tempat tidur. Eh, camtu pun boleh?
- Tidur-tidur ayam. Ceh bab tidur lagi. Nampak sangat betapa tak cukup tidurnya saye.. asyik cakap pasal tidur je.. haha. Dulu kalau dah tidur, jangan berani2 la nak ganggu tidur saye yang tengah lena. Memang angin la.. tapi sekarang ni saye sendiri yang rela tidur2 ayam. Memang dah tak boleh lena. Kalau tengah malam anak bunyi ekk sikit pun cepat je saye terjaga.
- Tak ada lagi istilah makan sambil menikmati makanan. Jangan harap nak makan sambil kunyah pelan2. Sekarang ni, cara makan saye dah berubah. Yela, kalau nak lengah2 macam dulu buatnya anak bertempik nak susu, haa jawabnya makanan dalam pinggan tak sempat habis la.
- Selamat tinggal novel dan drama korea. Dulu masa terluang saye di isi dengan dua perkara ni. Sekarang ni, err ada ke masa terluang? Haha.. memang takde kot.
- Shopping? Dulu kalau nak shopping memang akan aim baju, kasut, beg untuk diri sendiri. Tapi sekarang dalam kepala asyik terbayang nak shopping untuk anak je. Diri sendiri dah jatuh no dua. Tak pe Aqeef, baju ibu dah tahap nak terkeluar dari almari dah sampai abah pun selalu perli ibu.. haha.. jadi kita shopping untuk Aqeef la pulak.
- Hati tisu. Ini memang sangat pelik. Dulu saye kan rock.. haha.. susah nak touching. Tapi sekarang ni kalau baca atau tengok berita kisah orang buang anak ke, kisah anak sakit ke. Saye macam sedih sangat. Entah la.. mungkin naluri keibuan baru nak muncul kot..
![]() |
| Budak kecik yang sayang sangat dengan tempat tidur dia. Kalau baringkan dia atas katil, happy bukan main.. hehe |
![]() |
| Muka control hensem.. haha.. dah nak masuk 4 bulan ni pandai sangat dia buat muka comel. Kalau nak marah pun tak jadi haih.. |
Itu je ke pperubahannya.. banyak lagi, tapi dah malas nak menaip. Haha, boleh gitu? Tapi walau hidup ibu & abah dah tak sama macam dulu, Aqeef jangan risau sebab kami tak kisah malah kami suka. Yang penting Aqeef membesar dengan sihat dan baik. Jadi anak yang soleh. Berjaya dunia akhirat. Tu doa kami sejak Aqeef dalam perut ibu lagi. Ohh tetiba rasa touching pulak dengan ayat sendiri.. hehe.. sudah-sudah lah. Ok kita cerita lain kali pulak ye. Wasalam.
Friday, October 30, 2015
Jaundis oh jaundis part 3
Dua hari selepas keluar wad, kami bawa Aqeef ke klinik kesihatan untuk check darah lagi. Memang inilah rutin selagi kuning baby tak turun ke tahap yang memuaskan. Kata nurse, kalau bacaan 130 ke bawah baru lah diorang tak panggil untuk check kuning lagi.
Kali ni bacaan naik sikit. 237.69. Kami tak tunjuk pun surat dari Htaa tu tapi doktor kat klinik ni kata tak perlu admit wad lagi. Saye dah agak risau. Takut bacaan naik lagi.
Dekat rumah pun kami dah pasang lampu 24 jam. Tidur pun dalam cerah. Lauk untuk saye makan pun dah tak boleh letak kunyit, lada hitam, bawang putih semua. Kopi & nescafe pun tak minum dah. Ubat2 herba lepas bersalin pun tak boleh makan lagi. Semuanya demi nak sembuhkan Aqeef dari jaundis. Memang waktu tu muka saye pucat je. Tapi hari2 saye pastikan makan buah oren sebiji atau beberapa biji anggur. At least ada juga vitamin dalam badan.
9.9.2015, bacaan naik lagi 242.82. Kami dah makin buntu. Ada orang cadangkan beli ubat kuning di kedai ubat cina tapi saye ada terbaca dekat blog, kalau tak serasi, kuning jadi lagi tinggi.
10.9.2015 saye ke klinik lagi. Selalunya pergi dengan Mr. F tapi dia dah start kerja, jadi pergi dengan ma. Bacaan kuning memang naik lagi, 247.95. Sementara tunggu giliran masuk bilik doktor, ma bersembang dengan pasangan suami isteri kat sebelah dia. Diorang pun datang check anak kuning jugak. Tapi kuning anak diorang dah turun. Ma tanya macam mana boleh turun. Rupanya diorang bagi anak makan ubat homeopati. Hari tu jugak kami pusing kat area Jaya Gading tu, cari klinik homeopati.
Waktu beli ubat tu, owner klinik tu dah pesan, katanya sehari lepas makan ubat tu kuning akan naik mendadak. Kemudian baru turun. Kami bagi Aqeef makan ubat tu ikut aturan. Esoknya pergi klinik, ajaib! Bacaan kuningnya statik. Sama macam semalam. Doktor suruh datang lagi esok.
Sabtu, 12.9.2015, bacaan kuning naik mendadak jadi 326.61. Kami agak, ubat homeopati tu baru mula bertindak. Doktor terkejut dan tak percaya. Dia suruh ke makmal semula. Check lagi sekali. Kesian Aqeef, dua2 tapak kaki kena cucuk. Resultnya makin naik, 328 pulak. Huh, sudahnya doktor kata kalau anak nampak tak sihat atau demam terus pergi hospital. Dia tak suruh admit wad sebab bila check Aqeef macam tak ada masalah pun. Doktor tekan2 kulit dia & kata tak nampak kuning teruk sangat. Cuma yang pelik bacaan tinggi. Doktor cuma pesan, kalau anak demam terus refer ke hospital.
Isnin, 14.09.2015, hari tu Aqeef kena check untuk prolong jaundice. Tapi sebelum tu kena ambil darah macam biasa. Result memang menakjubkan, Alhamdulillah.. kuning Aqeef turun ke 259.42. Masih tinggi tapi lebih baik dari result hari sabtu lepas. Hari tu hari terakhir Aqeef check jaundis. Lepas ni datang untuk checkup usia sebulan & ambil result prolong jaundice.
Waktu checkup usia sebulan, result prolong jaundice dah keluar. Alhamdulillah, tak ada apa-apa masalah. Doktor tekan2 kulit Aqeef, dia kata kuning sikit2 je lagi ada.
Dalam usia 50 hari, baru nampak kuningnya betul2 hilang. Macam tu lah kisahnya anak saye dengan masalah kuning. Apa2 pun, syukur sebab tak ada apa yang serius. Ok lah sekian dulu. Wasalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)